Thursday, 7 June 2012

~mari menegnali al-waqiah~


assalamualikum.......moga2x sihat walafiat...........hari ini saya mungkin nak kongsi sedikit ilmu berkaitan dengan surah al-waqiah...rata rata tahu akan kafait di balik kalam suci ini antaranya ialah ramai yang mengenal surah ini sebagai surah bagi brjaya dan menghindari kemiskinan/ kefakiran.....Tidak dinafikan......kerana ada dalam satu hadis yang meriwayatkan bahawa
"sesiapa yang mmbaca surah waqiah setiap malam, dia pasti tidak mengalami kefakiran(hadis Baihaqi daripad ibnu Mas'Ud)"

namun jika kita rujuk balik ayat ayat al-quran dalam surah ini berserta maknanya, ianya banyak menceritakan tentang hari kiamat....

pendahuluan

surah al waqiah terdiri daripada 96 ayat n ia merupakan surah2x makiyyah y diturunkan selepas surah TAHA....Surah ini dinamakan al waqiah kerana perkataan waqiah yg terdapat pada ayat pertama surah tersesbut...Perkataan WAQIAH bermaksud hari KIAMAT....

sebenarnya ad perbezaan antara surah makiyyah dan madaniyyah....Apakah PERBEZAANNYA ?jom kita baca lagi....secara ringkasnya :

surah makiyyah

  1. mengandungi lafaz sajadah, kalla dan yaa ayyuhannas kecuali surah AL HAJJ ayat 77
  2. mengandungi kisah2x nabi n bangsa2x dahulu kecuali surah AL BAQARAH
  3. bermula dengan huruf attahji (6t google yerrrr...)
surah madaniyah

  1. mnjelaskan berkenaan faridhah (hal hal y wajib)
  2. mnyebutkan perihal org munafik, kecuali surah AL ANKABUT
  3. mengandungi perdebatan dengan ahli kitab
* secara ringkasnya surah makiyyah bnyak mnjelaskan hal berkaitan akidah, akhlak manakala surah madaniyyah tertumpu pada hal hal kemasyarakatan, hukum2x dan ibadah2x mahdhah (cer google gak yang ni...) surah makiyyah mngandugi lafaz yang mengerikan kerana ia menjelaskan perihalaancaman, azab, dan seksa neraka bg org y menyimpang drp ketentuan ALLAH..Sebab Ape yer ??

kerana pada masa tuu, sebhgian besar masyarakat mekah sesat...mereka sembah berhala, menetang Nabi, mereka juga tidak mempercayai akan hari kiamat n dsebabkan itulah Allah menurunkan surah al waqiah bg mnjelaskan KIAMAT itu BENAR dan PASTI terjadi

jom kita lihat ayat 11-14 (bukak Al quran masing masing...tapi kalau yang dah hafal tu alhamdulillah)

 ad satu laporan y mngatkan bahawa kaum muslimin nie sangat sedih kerana mereka menganggap mereka nie tidak berjaya mahupun berpeluang masuk syurga...Jadi, Allah menurunkan ayat 39 hingga 40 surah ini menjelaskan setiap orang y beriman dimasukkan ke dalam syurga y penuh dengan kenikmatan....

namun ada satu laporan y mengatakan bahawa sewaktu ayat idza waqa'atil waqi'ah turun, Umar bertanya pada Nabi kita bunyinyer lebih kurang begini "Wahai rasululla, adakh benar segolongan besar daripada orang terdahulu masuk syurga dan hanya segolongan kecil daripada kita masuk syurga" kemudian dalam masa lebih kurang setahunnyer turunlah ayat 39-40 y mnjelaskan, segolongan besar drp orang terdahulu dan segolongan besar daripada orang yg kemudian masuk syurga.....

jadi.........padi masa tuuu Nabi Muhammad panggil Umar dan berkata "Wahai Umar, marilah dengar ap yang Allah turunkan, tsullatun minal awwalin wa tsullatun minal akhirin iaitu segolongan besar drp orang terdahulu dan segolongan besar daripada orang yg kemudian masuk syurga" ...

Asbabun Nuzul Surah Al waqiah

apakah itu asbabun nuzul ???

asbabun nuzul adlah sebab sebab turunnya quran / suatu peristiwa y menggambarkan sejarah turunnya sesuatu ayat itu sesuai dengan situasi pad waktu ia turun 

sebenarnya kalau kita membaca al quran tidak kisahlah surah ape sekalipun kita kena tahu asbabul nuzul.....untuk kefahaman kita bekenaan pesanan y terkandung dalam setiap ayat quran.......Ibnu Taimiyah berpendapat :

"dengan mengetahui asbabun nuzul sesuatu  ayat quran, ia dapat membantu kita memahami pesanan y terkandund dalam ayat itu...Pengetahuan asbabun nuzul sesuatu ayat memberikn asas yang kukuh bg kita meneylami kandungan ayat itu"

Para Ulama menggunakan bberapa landasan dlm memahami sanad...dalam hal ini mereka perlu menentukan kesahihan sesuatu laporan...Apbila sesuatu laporan itu sumbernya daripada nabi ataupun para sahabatnya, kisahnya perlu terang n tidak menimbulkan pendapat2x y berbeza.....

okey....dalam surah al waqiah menyatakan sila refer ayat 79-82

satu laporan di dalam kitab asbabun nuzul menjelaskan, "sewaktu hujan turun, Nabi Muhammad saw berkata : 'ada manusia y bersyukur dan ad yang kafir kerana hujan yang turun ini'Sbhagian orang berkata 'ini adalah rahmat allh berikan pd kita' manakala sbhagian y lain pula kata 'sungguh tepat ramaln si polan"

jadii........daripada kisah itu turunlah ayat 75-78 (hopefully masih di depan al quran yer....)

ayat 75-78 tidak lain bertujuan mengingatkan orang yg sesat, semua y terjadi itu adalah atas kehendak Allah swt. Manusia sama sekali tidak berdaya dengan segala yang terjadi, baik sekarang mahupun pada masa akan datang....

tapi ada lagi laporan yg lain yang menjelaskan bahawa ayat nie ada kaitan dengan rombongan kaum Ansar semasa perang tabuk...Mereka berehat di Hijr dan dilarang menggunakan air y berada di sana....kemudian mereka pindah ke tempat lain ttp tidak mendapat air sama sekali...Apa yang mereka buat ??? mereka mengadu kepada Nabi kemudian nabi melaksanakan solat sunat dua rakaat dan berdoa....tak lama kemudian hujan pun turun dengan lebatnyerrr......mereka pun dapatlah minum sepuas2x.......

Salah seorang Ansar bertanya kepada seorang yang dituduh munafik 'apa pendapat kamuu tentang huja ny turun selepas Nabi berdoa? oran itu menjawab 'hujan tu turn sebb ramalan seseorang''oleh dsebbkan kemunafikan itu Allah menurunkan ayat di atas bagi mengingatkan umat islam, segala sesutau itu ditetapkan oleh ALLAH swt...

dalam ayat 27- 29 maksudnya :

"alangkah bhagianya gol kanan itu.mereka berada antara pohon bidara yang tidak beduri dan pohon pisang y bersusun susun buahnya".....Ayat nie ditrunkan selepas Nabi mmbenarkan orang Thaif menguasai suatu lembah y subur..mereka mendengar keadaan di syurga umpama lembah itu hingga sebhgian daripada mereka berangan angan mahu masuk syurga dan duduk selama lamanya di sana.....

persoalan persoalannya

  1. apkah hubungan antara keajaiban dan kelebihan surah waqiah dengan sebb ataupun peristiwa semasa surah itu diturunkan?
  2. surah ini menjelaskna mengenai syurga dan neraka serta kiamat...Apkh hubungannya dengan kelebihannya?
  3. Ramai orang yg mengenal surah ini sebagai surah u=bg berjaya dan menghindari kemiskinan..Di manakah letaknya kekuatan itu???
  4. ada lagi persoalan persoalannya....insyaAllah next time
* SETAKAT INI SAHAJA YANG DAPAT DIKONGSI INSYAALAH AKAN BERSAMBUNG JIKA BERKESEMPATAN UNTUK MENULIS......DAN KITA AKAN MEMBAHSKAN BERKENAAN PERSOALAN2X YANG TIMBUL......(HOPEFULLY...... =) ) ....

apa yang baik itu datang dari Allah dan yang jahil itu datang dari kelemahan diri sendiri.....
teramatlah menaglu alukan pembaca2x unutk membetulkannya, menegur serta menambah isi isinya.....wallahu'alam...

Wednesday, 6 June 2012

jadikanlah aku wanita syurga

insyaAllah coming soon...mungkinkah akan DIBUKUKAN atau DIBEKUKAN..heheheheh......

Tuesday, 5 June 2012

siapakah penulisnya

ramai yang bertanya siapakah penulis kepada blog ini....susahnya nak jawab........mereka terus mendesak ingin mengetahui.....by the way insyaAllah bila tiba saatnya....mereka akan diberitahu jua......penulisnya orang biasa...orang yang kurang ilmunya baik ilmu agama mahupun ilmu dunia.......

mungkin sedikit pengenalan....sedikit ajer....ada yang berkata "Kamu memang berbakat..macam tak percaya je belajar bidang lain tapi ada talent dalam penulis"....Hemmmm tak ada talent pun kawan2x dalam penulisan ni cuma buat sekadar mengisi ruang kekosongan...Betul ke berbakat ??? hemmmmm of course tak ada!!!..... Teringat lagi sewaktu form 4 di mana seorang cikgu telah memberikan satu tugasan untuk membuat karangan.....dipendekkan cerita karanganku yang amat panjang berbanding dengan orang lain sehinggakan apa yang terkeluar di mulut cikguku ialah "awak ke yang buat ayat ni?? ke tiru kat mane2x sumber"....Saya yang buat cikgu...dalam hati nak tiru kat mane kat internet?? zaman tu pun komputer xkukenali.....BAGUS!!!.....

pernah semasa zaman persekolahan diriku menulis beberapa muka surat tentang novel berunsurkan islamic akhirnya DIBIARKAN BEGITU SAHAJA!!!.....banyak gak pages yang dah di buat....Adakah diriku seorang peminat setia mana mana novel ?? Owhhh TIDAK sama sekali...zaman sekolahku memang Novel Cinta menjadi perbualan kawan kawan sekelasku sehinggakan mereka sanggup tidur 3, 4 pagi....tapi diriku memang tak berminat LANGSUNG dengan novel!! Percaya atau tidak terpulang...Pernah satu masa ingin 'mencintai' novel..jadi diriku mencari dan membeli novel tersebut..tajuk memang dah lupa la kan...ingin menanam minat membaca novel akhirnya Tahu apa yang dilakukan...heheh Diriku hanya membaca bbrapa helai muka depan tak sampai 10 helai pun then baca sinopsis kat belakang kulit novel tu..Jadi konklusinya diriku dah pun mengetahui cerita itu...hahaha....Sampai laaa hari ini tak ada JIWA dalam pembacaan novel...

sekarang......mereka sedang berteka teki...

datang pula soalan "Boleh jadi mcm Ustazah Fatimah syarha nie tapi siapa pula Dr Farhannya"...maksud orang tu, diriku ibarat ala-ala ustazah fatimah penulis buku gak tapi siapa pasangannya...nak tergelak bila dengar soklan gini....hemmm bagaikan LANGIT dan BUMI...... Diriku pun tak tahu....Hanya Allah Ya 'Alim.... =) ..... mungkin sesiapa sahaja ....... =)....[mood : geli hati rasanya....]

Jadi siapakah diriku ????  =)

Monday, 4 June 2012

~ Ilah ~

Alihtu ilal fulan......
Alihar rajulu ya' lah....
Alihar rajulu ilar rajul.....
Alihal fusailu biummihi......
Aliha ila hatan uluhah.......
La ha yalaihu Laiha.........


~TUHAN BERIKANLAH AKU CINTA.....AKU JUGA BERHAK BAHAGIA.....~

Thursday, 31 May 2012

DI MANA..........

alhamdulillah Tuhan masih menguatkan diri dalam keadaan yang tidak berapa sihat serta memanjangkan  ini untuk setia pada Tinta Sundus.....Alhamdulillah kupanjatkan rasa syukur padaMu kerana Engkau telah memakbulkan permintaanku untuk jatuh sakit......bimbang andainya tubuh badan ini sentiasa sihat, tiada gugrnya dosa dosa kecilku.....minggu lepas banyak surat cinta yang diriku perolehi........mengambil masa untuk 'study' semua surat tersebut......Allah Yaa 'Alim........Allah Yaa Kabir......akhirnya Dimana.........

teman yang dikasihi............

pernah tak anda terfikir bilamana anda sedang JATUH CINTA ??? ataupun anda sedang dalam DILEMA??? bagaimanakah perasaan teman ketika itu........mungkin bagi yang sedang JATUH CINTA semuanya indah indah belaka.......tapi bagi yang DILEMA ??? semuanya jadi tak tentu arah......semua perkara yang dibuat serba tak kena.......

saudara dan saudari yang kusayangi....

sepanjang kehidupan ini pernah anda semua tertanya tanya siapakah pemilik nyawa kita.........Orang yang jatuh cinta , hatta yang sedang bercinta akan berkata dan tak mustahil untuk berkata :

"engkaulah intan payungku....."
"engkaulah permata hatiku...."
"tanpamu aku kesepian....."
"Engkaulah Nyawaku hingga ke akhir hayatku...tanpamu aku mati"

sehinggakan lupa siapa pemilik nyawa kita sebenarnya........" Bukan ke FITRAH kalau seseorang itu ada rasa cinta.....sayang....rindu ? " Sukar untuk mengulas tika ditujukan soalan begini...kenapa diriku mengatakan sukar? kerana setiap orang mempunyai satu persepsi yang berlainan dalam memahami konsep FITRAH itu sendiri.....Seringkali persoalan ini ditimbulkan.....seolah olahnya istilah FITRAH itu merupakan satu tiket untuk melepaskan hati kepada sang kekasih....kemudian mulalah timbul isu Islamic Couple....Tidak dinafikan perasaan yang lahir dari hati itu merupakan fitrah yang Allah telah takdirkan buat hamba-hambaNya namun seringkali manusia menyalahgunakan FITRAH itu sendiri....mostly!!!..... 

pembaca yang dirahmati........

FITRAH itu sesuatu yang suci jangan sesekali kotori ia...andainya dirimu sedang mengotori fitrah itu...pulanglah ke pangkal jalan sebelum nyawa di hujung tandus......saat itu tiada siapa yang akan menolongmu......."Susah nak jaga Hati laaa...." ya....memang susah nak jaga tapi saat kita memerlukan penyucian hati keapda siapa kita mengadu....adakah kekasih kita atau ibu bapa atau kawan kawan? pastinya kepada Allah tempat kita mengadu...tempat kita merintih......hati menjadi sukar dijaga bilamana  kita jauh denganNya.....makin jauh kita dariNya makin sesat hati kita.....setuju ??? 

wahai kaum Adam dan Hawa sekalian.....

bila berbicara soal cinta semuanya celik mata...celik hati.....semuanya excited nak bercerita....namun ingatlah janganlah berbicara tentang cinta seandainya kita sendiri tidak tahu asas cinta dan selagi belum diketemukan dengan sumber cinta itu......baliklah kepada fitrah yang asal......cinta kepada Allah fitrah yang asli....bahkan lagi suci.......Hati......seandainya dihuraikan belum tentu dapat dikonklusikan......Di hati jugalah tempat kita membuat pertimbangan...di situ jugalah emosi dilahirkan......tempat lahirnya benci dan sayang.....tempat keimanan dan kekufuran...hati jugalah tempat membersihkan jiwa,juga hati dinodai seandainya tersalah guna....dan hatilah segala raja antara raja.......

"Satu petikan hadis membuktikan, dari Abu Hurairah berkata, hati merupakan raja, sedangkan anggota badan merupakan tentera, jadi jika raja itu baik maka tentera juga akan baik, jika raja itu buruk, maka buruklah tenteranya. "


" CINTA ISLAM boleh kan ???"  Bukan tak boleh tapi tak ada pun CINTA ISLAM!!!....antara ayat ayat yang menjadi asbab istilah ini digunakan 

"Ala......saya nak dia berubah ke arah kebaikan..tu pun takkan tak boleh"
jawapanku : BOLEH.....selepas dia HALAL untuk mu...bimbinglah dia yer....

"Saya cintakan awak kerana Allah....."
jawapanku : Lebih baik awak cintakan Al-quran kerana Allah 

"kitaorang couple jerrrr bukan wat maksiat pun..."
jawapanku : perkara yang 'sweet' itu maksiat....

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya ia (zina) itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."


Allah menurunkan ayat ini, kerana Allah ingin mengingatkan kita supaya menjauhi maksiat.....menjauhi zina.....ianya jalan yang buruk bahkan keji.......Teman temanku.......iman kita sentiasa naik dan turun...naik tatkla kita sentiasa ingin mendekatiNya...sekeras tembok batu....mungkin adakalanya menurun tika kita menjauhiNya.....lalu iman kita menjadi senipis kulit bawang....Namun itu bukan satu alasan yang perlu dibahaskan...pulanglah ke landasan sebenar.....

jangan cuba untuk merasainya seandainya ingin menjauhinya.....Dari suka suka itulah akan datangnya rasa kasih sayang....dari kasih sayang itulah akan berputiknya kecintaan....dari kecintaan itulah akan tertuainya benih benih cinta haram.....Nauzubillah........Dont do that!!!

Saat ingin pulang ke pangkal jalan...... "susah sangat nak lupakan dia.....tak nak putuskan hubungan macam tu ajer....kan tak baik putuskan silaturrahim...macam mana yer"...... Wahai teman temanku sayang....... Apakah yang dikatakan itu disogok secara batiniah ??? ataupun zahiriah yang sukar untuk bertindak....... Kena faham di sini kita sebagai hamba Allah perlu mencari CINTA sebenar....jangan biarkan fitrah yang ada pada jiwa jiwa itu Rapuh diampuh Badai.......jiwa kosong tanpaNya.....Batinmu terseksa tanpa kehadiran cintaNya...cinta hakiki.....

muhasabahlah diri............

Di mana.........C.I.N.T.A K.I.T.A  pada manusia ataupun sang Khaliq.....tegar kah kita melihat hati  hilang tujuannya.......baliklah kita kepadaNya.....Dari kita datang kepada DIA jua kita akan dikembalikan satu ketika nanti.....Ketuklah Pintu CINTANYA...pasti dirimu akan dibalas.....Sayanglah padaNya...pasti dirimu akan lebih disayangi......Puji lah DIA dengan puji pujian...Rasalah KehadiranNya seperti mana anda merasai keberadaan anda di dunia ini.......CintaNya tak terbelah bagi...CintaNya sentiasa mekar....CintaNya sentiasa romantis.......Seribu mimpi...berjuta sepi....DIA hadir sebagai teman sejati....Meskipun langkahmu rapuh dalam langkah.......bahkan dikau tidak setia kepadaNya...Namun sematlah dalam jiwa cintamu hanyalah untukNYA...hulurkanlah kemaafan kepadaNya....andai kita tidak sempurna mencintaiNya.......

kala nafas sesak didada.....
tak tertanggug derita menimpa.......
saat itu........diriku mengahmpiri....
menuju ke arah satu perjalanan....

detik waktu terus berlalu......
penyesalan tiada gunanya lagi.....
sesaat kau datang........sesaat kujauhi....
berbakikan waktu yang ada......
izinkan hatiku untuk mengintai CINTAMU...
izinkan hatiku untuk memiliki CINTAMU...
izinkan aku masuk ke JANNAHMU.......

~ Nukilan NSBS ~


jom sama sama doakan.........

“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”(Al-Nur 24 :26)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)








Tuesday, 29 May 2012

Antara ZAHIRAdanBATIN

comming soon...it will be post................choose one from it..... nantikan...... =)

Sunday, 27 May 2012

Sayang You Can.....

Allah Loves You
Bunyinyer seakan akan "Sayang You Can Dance!!"
akan tetapi ianya jauh dari itu...." Sayang You Can...... " ......itulah bisikan syahdu menusuk hati.........rintihan qalbun merintih hiba dan terus merintih......Hati terasa sebak, sayu mengenangkan perkara yang lepas....Hiba tatkala disogok dengan pelbagai dugaan......Apa yang penting dalam hidupmu ??? Dunia itu penuh kealpaan.....Dunia itu penuh kemudharatan...........Siang berganti malam.......malam bersilih siang.......putaran waktu semakin laju.........kian berputar......."Sayang You Can...."Terhempap didada buat kali ke dua...berkecai hati yang penuh dengan butiran hitam.........mendesak dan terus mendesak.............Bisikkan apakah yang sedang membisik lembut ke telinga ini............Mana mungkin bisikan yang mendatang ini bisikan syaitan......atau apakah mungkin bisikan dar....r....Terhenti sejenak.........Gelombang nafsu terus membara.....marak untuk mengetahui disebalik bisikan itu.....Qalbun yang penuh kehitaman itu makin ditewaskan oleh bisikan tersebut..........

Mengorak langkah meneruskan perjalanan....fikiran terawang awang.........melayang entah ke mana...arusnya dibiarkan begitu sahaja.....ke utara tidak....ke selatan pun tidak.........Jari jemari digenggam seerat eratnya...mengumpul kekuatan...kekuatan yang penuh dengan keazaman......diam seribu bahasa......tanpa dibicarakan........soal hati siapa yang tahu.......Nafas terasa sesak............perjalanan seolah olah semakin jauh....makin mengorak langkah...makin terasa kepenatannya....makin terasa jauh perjalanannya..sukar untuk digambarkan....bahkan sukar untuk ditafsirkan......

Mendongak ke awan biru..........dipanah silauan sang mentari.........setitik demi setitik peluh membasahi tubuh.....cuaca itu sungguh panas......keletihan......kelesuan terasa di wajahnya.........Hembusan angin melintasinya membawa kedinginan buatnya...........sungguh menyamankan...........hembusan itu kian berlalu pergi........kini cuaca kembali terik kepanasan..........Langkah semakin laju....."Sayang You Can ....." gugup di hati mula berkeceramuk.....mendidih bagaikan memberi petunjuk kepadanya.........Mata tertumpu di lorong gelap itu........lorong yang sentiasa menjadi tempat persinggahannya.....persinggahan yang tidak pernah ditinggalkannya....namun saat itu qalbun dikelirukanNya.....keliru jalan yang mana harus dipilihnya.......Ke kanan......Ke kiri.......ataupun meneruskan perjalanan tanpa memilih arah tersebut..........Seperti ada yang tak kena......

dibiarkan sahaja kekeliruan itu.......destinasi semakin dihampiri.....tidak sabar untuk menujunya.....menuju jalan pulang.......berbekalkan kekuatan yang ada...menyemat erti ketabahan dan kesabaran.......naluri sentiasa berkata...semakin berbisik halus.......menyemai rasa cinta di qalbun.....qalbun yang suci...qalbun yang sentiasa mencari....Kelihatan bagunan itu seolah olah melambai kearahnya.....mengalukan alukan kedatangannya.....tidak sabar rasanya untuk menjejakinya.......kedatangan yang dinantikan.......penuh kepastian....dengan pantas dia berlari kesana.........ditempiaskan rasa kepenatan.....diukirkan kegembiraan..........Iman di jiwa semakin parah....Remuk dihempap.....

Melangkah masuk ke bangunan itu........terasa tenteram.......tenteram dari suara bingit manusia.....tidak seperti lorong itu.....lorong itu penuh dengan kekotoran, penuh dengan pendustaan.....di capainya sebuah naskah...naskah yang ditinggalkan sejak berzaman...lalu di bukanya.....dipeluknya naskah itu seerat eratnya....kesedaran yang tinggi......kejahilan yang menggunung.....hati penuh kehibaan....tidak tahu dimana dan bagaimana permulaanya.......Hati itu telah dibutakan.....dibutakan dengan kenikmatan dunia.....renungan semakin tajam....merenung pada naskah yang usang itu....dengan penuh rasa kehambaan dia memulakan kalimah "Bis.....millahhirahh......manirrahim......"tergagap gagap untuk meneyebutnya....Pencubaan demi percubaan dibuat akhirnya "Bismillahhirrahmanirrahim...." Lancar!!! alunan ayat suci itu dilagukan dengan kemerduan yang sungguh mensayukan hati........Bagaikan satu keajaiban yang berlaku....sukarnya untuk melafazkan kalimah tersebut namun akhirnya "Sayang You Can....."air mata jatuh satu persatu.....Terpancul Keluar kalimah dibibirnya yang sudah lama tidak dibasahi dengan kalimah suciNya........hilang pandangan sesaat......Qalbunnya kini semakin bersih dan sejahtera....saat melodi kalam  membawa pesananan :

" Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku." 
(QS. Adz –Dzariyat: 56 )

Air mata dibiarkan mengalir begitu sahaja........merenungi serta memahami maksud kalam itu......Sungguh terkesan.....kini qalbun yang dicari berada di sini.....Qalbun Salim....rupanya suara yang sering berbisik...dikirimNya disini.....Disinilah hidayah yang diperolehi...Hati yang keras menjadi cair mengikut aliran kalamnya.........moga pengakhirannya disini.........kini dia sedar "Sayang You Can....." cinta yang tulus tercipta disini..............disini......dia ketemui.......hafalan demi hafalan diteruskan.........Benarlah......."Sayang You Can....."


" Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Qur'an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? "


IMAM QURTUBI MENJELASKAN AYAT TERSEBUT :

ERTINYA : ALLAH MEMUDAHKAN MENGHAFALNYA DAN MEMBANTU BAGI YANG BERUSAHA MENGHAFALNYA...ADAKAH ORANG YANG BERUSAHA MENGHAFALKANNYA, SEHINGGA DIMUDAHKAN DALAM MENGHAFALNYA ???




Sayangilah Al-Quran jika Kita menyayangi Allah..........
Sesungguhnya Al-Quran itu menjadi saksi kita di Akhirat Kelak.............
Moga2x kita dapat menjadi Hafiz wa Hafizah kalamNya.......