Friday, 26 April 2013

alam seterusnya

Mohd Huzaifah Mokhtar dan Nur Syuhada Selamat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

berkesempatan dengan hari Jumaat penghulu segala hari marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan kita Muhammad saw ..... Alhamdulillah hari ini benar-benar terdetik dan ingin merancakkan lagi hebahan di dakwah yang kian lama diabaikan tanpa pengurusan ... kemanakah diriku sebelum ini berpergian ? alhamdulillah hari ini sudah genap 2 bulan lebih perkhawinan kami .... bukan sudah melupakan blog ini tetapi dengan masa yang agak kesibukan sedikit menjadi agak terhad untuk saya uruskan segala hal dalam waktu yang terdekat .....

Tanggal  21/02/2013 kami selamat diijabkabulkan di Masjid Jedok ... sungguh tidak disangka cepat masa berlalu dan akhirnya kami merupakan suami isteri yang sah ...moga-moga keberkatan dan kasih sayangNya sering dilimpahkan kepada kami.. Inilah gambar kami hanya sekeping sahaja yang ada pada kami .... 

maaf juga buat teman, sahabat dll yang tidak mengetahui akan perkhawinan saya sungguh masa terlalu mencemburui ..... apa-apa pun entry kali ini bukan untuk bercerita tentang kehidupan saya selepas rumahtangga tapi ingin membingkiskan tentang tafsir al-quran yang baru sahaja ditadabbur semlam ... nantikan di entry yang seterusnya

mohon doa kalian agar baitul muslim ini terus menerus menujui mardhatillahNya .... amiin

Saturday, 16 February 2013

Mengembara

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

assalamualaikum ..... tiada ilmu yang ingin dicatat hari ini walaupun ada sebenarnya tapi simpan dulu ...

MY JOURNEY (di waktu yang senteng)

1. 15/02/2013 (after solat jumaat) 
------ mewakili urusan sahabat di IPTA -------- menyahut seruan staff di IPTA (bersembang semata mata plus diajak makan ) ---- jumpa pengarah di situ (diajak makan sekali ) ---- hidangan SOTO 
2. 16/02/2013 
------ Mengajar (Di awal Pagi)
-------- balik rumah tiada orang kosong, kosong dan kosong "sunyi" gak ni
3. 17/02/2013 
------ esok ada agenda terpenting  (drag sampai petang nih)
---------- malam JOM Mengajar 
4. 18/02/2013
------ planning untuk ke selayang pepagi hari ziarah keluarga angkat (dah janji nak datang before *****)
-------- kemudian terus drive ke Bangi (mengurus baki urusan)
------- kemudian pulang ke Shah Alam
5. 19/02/2013
------ perlukan tenaga yang mencukupi untuk drive menuju kampung halaman (kelantan)
------ buat apa yang patut dengan masa yang semput
6. 21/02/2013
------- moga Allah permudahkan urusan penyatuan dua jiwa 

* Ya Allah daku berlindung daripada perkara yang tidak baik dan daku memohon agar Engkau permudahkan segala urusanku sepertimana Engkau telah memudahkan pengurusanku dikala senang mahupun susah
* moga panjang umur , diperkuatkan kaki , digagahkan tanganku ini dan selamat semuanya 
doakan yer sahabat sahabat ku ....

Wednesday, 6 February 2013

Uwais Al Qarni


Menjadi anak yang soleh/ah itu satu kemestian
Si anak derhaka humbannya ke neraka jua
sesungguhnya Redha Allah itu terletak pada redha kedua ibu bapanya



Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w.: “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”
Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”


Memang benarlah kata-kata Rasulullah S.A.W, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang Rasulullah S.A.W maksudkan kerana di kalangan orang awam, Uwais dianggap sebagai seorang yang kurang waras.

Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak, badannya putih, yakni putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak, dia adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.

Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin untuk mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya berikhtiar agar dia dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa namun perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian. Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk membayar sewa.

Pada suatu hari, ibu Uwais yang semakin uzur berkata kepada anaknya: “Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.”

Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil di atas sebuah ‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.

Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.

Selepas lapan bulan, apabila sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”

Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”

Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”

Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”
Uwais berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”
Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya, dia berdoa: “Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.”

Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah S.A.W kepada Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali: “Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni.”
Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W, mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali, beliau berkata: “Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah S.A.W kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.” Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Setelah itu Sayyidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya: “Anda hendak pergi ke mana?” “Kufah”, jawab Uwais. Sayyidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?” Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”

Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit. Wallahua’lam.

Monday, 4 February 2013

kejahatan yang ghaib

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Allhurabbi selama ni dengar dari jauh , lihat melalui tingkap TV namun apabila ianya berlaku di depan mata ... Inilah Kejahatan yang ghaib yang kita tak nampak tapi sangat menyakitkan walaupun bukan diriku berada di Alam yang ghaib itu ..... Hari ini menghempas pulas BERPERANG dengan kejahatan yang telah menceroboh hati hati orang mukminah .... Sungguh ianya dekat denganku ... walaupun tiada ilmu berkenaan perkara ghaib tapi hati tetap ingin membantu , kasihan melihat diri yang meronta ... melawan kejahatan yang tidak dapat dilihat oleh semua orang hanya hamba Allah yang diizinkanNya sahaja dapat melihat yang ghaib itu .... 

diri ini tidak mempunyai pengalaman dalam perubatan islam tetapi berkehendakkan ilmu itu .... melihat golongan yang sama dengan ku merasai kesakitan , yang kental semangatnya melawan hati terdetik ingin belajar cara rawatannya ..... supaya golongan hawa tidak diubati oleh golongan Adam ... namun bukan menidakkan golongan tersebut ... hati cuma terdetik ...

hari ini , dari petang hingga ke lewat malam diriku sungguh kasihan melihat sahabatku yang sedang berperang dengan kesakitan yang ghaib ... melihat tenaga dalaman semakin susut ... hari ini juga berpengalaman serba sedikit berkomunikasi dengan Jin yang telah diciptakan olehNya ...

sorang berperang , di sana keletihan dan di hujung sana memanggil ... kudrat yang ada hanyalah beberapa jasad sahaja .... rasa kesian sangat dengan sahabat-2 sekelilingku .... Di sana memanggil , di sini memerlukan , dan di bahagian itu diam keletihan .... Sungguh di dunia ini bukanlah manusia yang berpenghuni ada yang selain dari al insan yang menghuni ...

Hari ini jugalah baru mengenali Manzil , selama ini hanyalah mathurat ..... Jahil sungguh hambaMu ini Ya Allah yang Maha Membaca .... membelek dan melihat maknanya ..... persis seperti terkandung dalam Mathurat namun ada sedikit kelainan ..

Cuba mengajar sahabatku untuk membaca kalimah ini di dalam surah at-tariq ayat 4 yang membawa maksud setiap orang ada penjaganya ... itulah pesanan dari seorang emakku buat diriku  bagi satu seandainya ada yang mengalami rasukan jin/iblis dan sebagainya ... terima kasih my mum ... 

Akhirnya pertarungan membawa kepada ketidaksedaran diri .... dan dia letih keletihan ... di sana juga sudah mulai tidur ... dan di satu sudut lemah tak bermaya .... Ya Allah Engkau jauhkanlah segala kejahatan ghaib yang bersarang di lubuk hati hati orang yang beriman sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha memberi Perlindungan yang tiada tandingnya ...

Mendegar suara meronta - ronta bila diberi " arahan " tunduk mengikut ... bila diminta keluar katanya sayang pada jasadnya .... Ya Allah 

Di sebalik gelak ketawa ada ketika , wajah wajah yang hampir pucat keletihan membuatku merasakan hanya Allah sahaja yang mengetahui ..... menunggu wajah wajah mereka tidur melegakan sedikit hatiku , kerana ku tahu dirinya teramat letih dan tersangat keletihan ....

jam menunjukkan 1 pagi dan wajahnya dalam keadaan sedar ... moga Allah melindungi .... dan diriku bersiap untuk berada di sisinya ... menemani di kala gelap gelita ...... 

Ya Allah lindungilah kami semua daripada segala kejahatan yang ghaib ....


  

Wednesday, 30 January 2013

Subuh Ini

seusai melaksanakan ibadat kepada Allah
lantas membuka al-quran kalam suciNya
membelek belek tafsiranNya 
sungguh bermakna roh itu
sungguh memberikan pengertian buat hamba yang beriman

sejurus kemudian menggapai laptop di meja putih
surah Yunus ku lawati lalu membuka FB , mengupdate status ,
adapatasi dari kalamNya ... 

membuka youtube  sambil mendengar selawat Baginda saw
alunan yang sungguh merdu dan lemak
Junjungan yang maksum , junjungan pembawa kebenaran
itulah Muhammad pemilik nama

membuka sedikit pintu jendela ,
mengintai awan , kelam , mendung
ingin melimpahkan hujan barangkali
ku menunggu waktu yang sesuai
melakukan senaman Dhuha sebagai pembuka rezeki

hati tetiba teringat pesanan insan di Bangi
seolah olah pesanan itu membuatku tertanya tanya
betulkah diriku sudah bersedia 
adakah benar keputusan yang telah dibuat?
sejujurnya perasaan gementar menjetik hatiku

Istikharah sering kulazimi 
namun sejujurnya diriku mengurangkan sedikit Istikharah ini
semenjak dua menjejak , bimbang andai adanya petunjuk seterusnya
itulah petunjuk dari makhluk yang bertanduk dua

moga apa yang telah ku lalui , ku jalani
Allah redha serta merahmati kehidupanku
Matahri belum lagi bercahaya , mindaku
berangan angan sejenak untuk membina bangunan
ya bangunan .... sebuah masjid yang mengisi hamba hambaNya
menghadap Illahi melunaskan rukun Islam kedua
Ya Razzak , daku pinta angan anganku itu menjadi kenyataan

alhamdulillah , matahari sudah memunculkan diri
lalu masih dalam berjilbab putih
ku bentangi sejadah merah bergambarkan Kaabah
Dhuha sudahpun kulaksanakan ..

Ya Allah Tuhan yang menghadiahkan mimpi
sungguh daku gembira bertemu dengan KaabahMu
walau di alam ghaib , kesamaran itu semakin jelas
tanpa ku pinta namun dengan hati yang tegar
engkau menghadirkan lagi mimpiku
namun kali ini berbeza , mimpiku itu seakan akan
memberi makna dalam kehidupanku
tersirat dalam tersurat 
rezekiku dilebihkan dengan kehadiran hambaNya yang akan membawaku terbang ke sana
apakah semua maksud di sebalik mimpi ini ?
perlukah daku menolak mimpi yang baik itu ...
Allahurabbi ... limpahkan rezeki padaku ya Allah
ingin sangat menjejaki ke sana .....

Ya Allah sungguh Engkau pemberi Rezeki
yang tidak pernah akan ku tolaknya 
kesedihan mahupun kegembiraan dalam hidup
kerana ianya juga rezeki dariMu 
jika bukan rezekiMu tidak pula engkau menganugerahkan air mata ...

Naskah SuciNya masih di tepi ku 
lalu membelek dan terbuka surah al-baqarah
melihat ayatNya 254 yang membawa makna

Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafa’at. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim...

* moga jika rezeki dilebihkan Allah jangan lokek untuk menginfakkannya di jalan Allah swt 

Moga kita semua layak dan tergolong bersama dengan Rasulullah SAW;



doakan saya untuk meneruskan system ... esok kena menghadirkan diri ke pejabat request dari staff di sana untuk bekerja disitu ... masih dalam pertimbangan ..... walaupun haritu tak mengendahkan telefon yang berdering dr staff itu tapi terpaksa akur untuk menjawab panggilannya ...

rezeki sentiasa mengalir ... doakan saya yer kawan kawan .... minta ampun dan maaf kuhulurkan ^^

Tuesday, 29 January 2013

Perilakunya

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang

sebelum tu doakan saya yer teman teman untuk melunaskan misi programming system .... sungguh memeningkan dengan bahasa komputer ini ....

Assalamualaikum kepada follower saya yang bersembunyi dan yang secara teran terangan .... Lama sungguh saya tidak mengupdate blog ni ..... sehingga ada yang menegur saya (bagi mereka yang mengenali pemilik blog ni ^^ ) ..... 

saya tak tahu saya nak berkongsi apa hari ini , tapi saya nak juga menulis saat ini lari dari fokus untuk meneruskan sistem ..... hemmmm cuba teka ? saya yakin sahabat sahabat di luar sana sudah pun membacanya dan jauh sungguh diri saya ditinggalkan oleh sahabat sahabat sekalian ....

setelah bermusafir selama 5+2 saya ternampak di satu sudut rak bahan bacaan satu buku lalu saya mengambilnya dan membelek sari intipatinya .... sebelum bermusafir ke tempat seterusnya selama 2 hari saya cuba untuk membaca separuh buku tersebut hinggalah terlelap kedua biji mata ini ... dan saya membawa buku tersebut di lokasi musafirnya diri ... budget  macam boleh baca tapi nafsu tidur tu lebih kencang daripada nafsu mentelaah ... tapi sebelum nak tidur tu sempat la tilik sekejap jer ... kemudian Bismikallah ..... 

apabila pulang kembali di baiti jannati , saya cuba menghabiskan bacaan dan alhamdulillah HABIS ... thank you Allah for giving me a spirit to make it done ! Alhamdulillah ..... sepanjang saya melayani bahtera isinya terdetik dalam hati "Ya Allah masih adakah lagi lelaki sepertinya di zaman ini ? " Jika nak dibandingkan dengan Rasulullah saw tentulah sudah jauh peribadi insani dengan peribadi Baginda namun mungkin masih terselit sisa sisa peribadi di dalam diri seorang pemuda yang seakan akan mirip peribadinya dengan ketokohan serta kepimpinan beliau .... 

siapakah beliau ? tak lain tak bukan Imam Syahid Hassan Al-Banna .... ramai dah yang habis baca buku ini tapi saya berada di ceruk belakang ... macam kura kura walaupun lambat akhirnya menang gak di garisan penamatnya .... saya menang melawan hawa nafsu untuk menghabiskan buku 

THE BEST SELLER CINTA DI RUMAH HASSAN AL BANNA

sungguh terharu bila baca isinya .... begitu halus , tulus ajaran dan didikan yang disebarkan dalam keluarganya .... banyak kata kata yang positif yang pastinya mempositifkan minda serta pemikiran kita sebagai orang yang beriman dan bertaqwa .... 

apa yang hendak saya kongsikan disini adalah mengenai penerapan yang digunakan oleh beliau ... jom saya refresh kembali isinya .... saya hanya menulis beberapa isi sahaja tetapi insyaAllah jika ditakdirkan saya panjang umur , boleh la sambung entri ini ..... 





aku ingin menyampaikan dakwah ini hingga kepada janin di perit ibunya (Hassan al Banna)

saya nak kongsi bahagian ini iaitu bahagian 3 dalam buku tersebut ... hemmm saya rasa pemuda (lelaki) wajib baca buku ini ..... perlu aplikasikan dalam hidupnya ..... kerana apa ?

Rasulullah saw bersabda : Setiap kamu adalah pemimpin yang bertanggungjawab ke atas yang dipimpinnya...seorang amir adalah pemimpin ke atas rakyatnya dan dia bertanggungjawab ke atas rakyatnya dan dia bertanggungjawab ke atas yang dipimpinnya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas yang dipimpinnya ... seorang perempuan adalah pemimpi di rumah suaminya dan anaknya , dan dia bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. seorang hamba sahaya adlh pemimpin atas harta tuannya dan dia bertanggungjawab ke atas yang dipimpinnya. setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas yang dipimpinnya (HR Bukhari daripada hadis Nafi' bin Umar ra)  

Ayah yang menunaikan kewajipannya, bererti dia telah bebas daripada tanggungjawabnya di hadapan Allah swt di hari kiamat.....

dalam sub Diskusi calon mertua dan calon menantu anak kepada Hassan Al banna mengatakan bahawa ibunda al banna amat teliti dan cermat dalam memilih calon menantunya .... sehingga ibunda hassan al banna pergi ke beberapa rumah tokoh Ismailiyah... pada masa itulah ibunda hassan al banna menyukai perwatakan serta perilaku calon menantunya itu (isteri Hassan Al Banna)..walaupun keluarga ibunya (ibu kepada Tsana anak Hassan al Banna) terdiri daripada keluarga yang sederhana tetapi akhlaknya sehinggakan mereka berdikari dan menyediakan keperluan serta memasak kepada para pekerjanya ... nenek (ibunda Hassan Al Banna) merasakan keluarga ibunya itu keluarga yang baik hati dan sungguh dermawan ....... koklusinya wahai pemuda islam seandainya ingin mencari calon isteri carilah yang beragama ...... 

sesuai dengan saranan Nabi saw 

“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”

Untungnya seorang lelaki jika mendapatkan sepertimana yang Baginda sabdakan lengkap !! ... yang pastinya saya bukanlah seorang wanita yang sempurna , wanita yang tip top , agama pun masih kurang apatah lagi akhlak saya sungguh tidak baik akhlakku.... jika saya melakukan kesalahan jangan salahkan agama yang saya , dan anda anuti sesungguhnya Islam itu tidak salah yang salah adalah individu jadikan salahkan diri sendiri ..... kepada pemuda Islam saya mendoakan agar kalian akan mendapat ke empat empat ciri yang dinyatakan Baginda saw ... ^^ 

apa yang saya suka dengan isi buku ini adalah totally cara didikan Imam Hassan Al Banna terhadap isterinya , anak anaknya , sahabat handainya serta kadernya ...  

menyedarkan Anak Gadis dengan peranan kewanitaanyya

tajuk ini juga meerupakn sub topik dalam buku ini ... perhatian kepada lelaki !!! baca yerr 

wanita adalah saudara kandung lelaki. Kaum wanita mempunyai peranan agung dalam membangunkan umat yang besar ini . jika ungkapan "Ada wanita di sebalik semua yang luar biasa" anda kena akuilah sebab kaum wanita memang kerap memainkan peranan penting dan merekalah yang melahirkan lelaki pejuang yang boleh membangkitkan umatnya .... 

Imam Hassan Al Banna sangat menitik beratkan kaum wanita.... kepada lelaki Islam jangan sekali kali anda menafikan hak kewanitaan ... please appreciate them ..... Imam Hassan al Banna memang bagus sangat sangat sehinggakan dia tidak sesekali menyusahkan isterinya ..... contohnya selalu kita dengar suara suara dari sang lelaki mengatakan kerja dapur , rumah semua kerja perempuan tapi nak tahu tak macam mana pengurusan rumah tangga Imam Hassan Al Banna ?
pernah suatu hari dia balik kemudian melihat isterinya tidur lalu Imam Hassan pergi ke dapur membuat makanan serta menyediakan makanan sendiri ..... tetiba saya teringat kata kata ustaz yang mengjar third language dulu kala begini maksudnya 

"setakat nak sidai baju , bancuh air kopi xkan nak suruh isteri juga yang buat ... kenapa tidak membantu isteri juga , turunkan sedikit rasa ego lelaki , jangan malu kalau jiran tengok suami yang siadai kain dan bla bla bla ..." masa ni ustaz pesan kat budak lelaki yang sekelas dengan saya ... pemuda Islam buktikan !!!

hemmm saya nak bancuh air sekejap saya nak sambung sistem , petang nanti nak pergi ke rumah doktor ada urusan ... jadinya setakat ni dulu saya nak kongsi , ada masa saya nak sambung lagi dari sudut yang saya nampak apa yang ada pada kepimpinannya ....... Ya Allah sungguh hebat insan ini , benarlah dia merupakan pemimpin pilihanMu Ya Allah .... Jadikanlah lelaki lelaki di dunia ini sepertinya .... 

minta maaf dan terima kasih semua ^^

---------------------------

beberapa hari yang lepas saya bermimpikan ada seseorang yang akan bawa saya ke Umrah dan seperti yang saya pernah ceritakan dalam blog ini di entri yang lain dua kali sahaja saya bermimpikan tentang Kaabah ... dan tanpa memberitahu sesiapa hal ini (mimpi latest) , ada sahabat yang post gambar kaabah di wall saya ... Ya Allah betapa aku ingin terbang ke sana ... doakan yer hasrat saya ini kesampaian sebelum ajal menjemput saya .....

Ya Allah ingin lagi ku bertemu KaabahMu di dalam alam maya ku sehinggalah daku jejak kaki ke sana.... aamiin 

-----------------------------  


Wednesday, 16 January 2013

Mujahadah seorang Isteri

Dengan Nama allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 

Assalamualaikum ... apa khabar semua ? harap harapnya semua sihat ... saya Alhamdulillah kini berada dalam fasa menuju fever .... Alhamdulillah ya Allah .... sungguh lama saya tidak aktif beberapa hari , minggu untuk bertinta di sini .... apa sudah jadi pada diri saya ? hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui ... Ayuh selawat ke atas Nabi junjungan ummah Nabi Muhammad saw ....  

terkaku juga saya untuk menyentuh dan juga menulis isu ini ... kerana saya bukan berstatus wanita yang sudah berumah tangga ... namun buku yang telah bertahun tahun dibeli , dibelek kembali dan akhirnya ada sedikit kekuatan untuk menulis seperti mana tajuk post kali ini ..... di Fb selalu saya lihat rata rata ramai kawan kawan yang share mengenai soal munakahat dan rasanya status sebegitu seringkali mendapat supporte button like yang palin ramai ? betulkan ? yang pastinya saya kurang berminat untuk share perkara sebegitu .... kenapa yer ? segan ? malu ? atau tiada perasaan cinta dalam jiwa ? lagi mustahil tu sebab seorang hamba tidak boleh melawan arus fitrah semulajadi yang Allah tiupkan ke dalam jiwa jiwa hambanya .... kalau tiada perasaan cinta dalam diri sudah pasti kita tidak mengenali Allah , sudah pasti kita tidak mendekati sirah sirah Nabi .... dan tak mungkin kita akan jatuh cinta sesama makhluknya ... bukan begitu ? saya malas nak bagitahu kenapa saya kurang share  status yang berkaitan hal rumah tangga , suami isteri ,dan seumpanya ... walaupun hakikatnya ia adalah salah satu dakwah juga ... 

boleh dikatakan post yang paling hangat diperkatakan dan diulas tentang ciri cir suami soleh , isteri solehah ..... peranan suami isteri dan seangkatannya .. cuma saya nak lari sedikit dari topik sebegitu dan saya nak fokuskan kepada tajuk post saya kali ini .... ada bangkangan ? ^^ 

secara realiti alam rumah tangga adalah alam yang penuh mencabar tetapi cabarannya tidaklah seberat cabaran kita di alam barzakh kelak ... selalu kita dengar dari orang berpengalaman banyak asam garam hidup dan pengalaman pahit manis yang dirasai .... lebih lebih lagi seorang wanita yang menjawat jawatan sebagai isteri dalam institusi rumah tangga ..... 

muslimat yang solehah di luar ....

cuba kita sama sama mula berfikir secara berhikmah ..... umumnya kita sudah mengetahui peranan seorang isteri apabila sudah berkeluarga kelak mungkin ianya nampak mudah di mata pemerhati , namun mungkin bagi saya ianya satu cabaran .... saya tidak perlu nyatakan peranan sang isteri kerana anda semua lebih layak untuk nyatakan .. ^^  ... cuma perlu difikirkan bersama dalam usaha kita untuk menjadi isteri solehah , kita juga perlu melalui banyak proses dan pengorbanan melawan kehendak nafsu ... Salah satu daripadanya adalah mengikis sifat sifat mazmumah yang sudah sekian lama bersarang dalam diri .... ya !!! kita semua ada sifat mazmumah tetapi kita sewajibnya singkirkan sekecil kecil sifat mazmummah sebelum ia menjadi barah yang mana apabila merebak dengan maraknya menjadi sukar untuk diubati .... 

Dalam usaha untuk menjadi wanita dan isteri solehah , Allah mengutuskannya kepadanya seorang suami yang akan menjadi penyebab bagi membongkar sifat sifat mazmummah yang ada dalam diri kita .... gerun kan ? tetapi itulah hakikatnya ... sama juga dengan kita , apabila kita sudah bersuami kita juga akan menjadi pembongkar kepada setiap sikapnya yang negatif....sebab itu ada yang menyatakan bahawa apabila terjadinya lafaz akad nikah kita bukan berinteraksi dengan wajahnya yang jelita , wajahnya yang tampan bahkan kita akan berinteraksi dengan sikapnya ......... jadi benarlah hadis nabi yang mengatakan pilihlah yang beragama pasti selamat ... 

Mungkin seorang isteri yang sememangnya sudah dididik dan juga mendidik dirinya supaya sentiasa sabar , redha sebelum bergelar isteri tetapi belum tentu boleh berbuat begitu ketika kehendaknya tercabar .... manusia yang beriman belum tentu dapat menahan ujian dari Allah swt ....... 

Apa yang perlu seorang Isteri mengup kan mujahadahnya ? di atas tadi adalah muqadimmmah sahaja ... jom beralih ke isinya ... sebelum tu bagi yang mereka tidak tahu apa itu mujahadah let me speak first about Mujahadah .. so LISTEN ... silap silap ... so READ .... ^^ 

Mujahadah ???

Pengertian mujahadah secara umum ialah berjuang bersungguh-sungguh untuk melawan musuh. Siapakah musuh itu? Tentu sekali hawa nafsu !  

jom kita ketahui serta bersiap siaga dalam menjadi seorang wanita yang hebat !!! 

1) Mujahadah Isteri berjawatan Tinggi dan terkenal 
2) Mujahadah Isteri yang lebih bijak daripada suami
3) Mujahadah Isteri yang sering Ditinggalkan
4) Mujahadah Isteri terhadap suami yang mencuaikan agama

Mujahadah Isteri berjawatan Tinggi dan Terkenal

di sebalik kepesatan pembagunan di dunia ini , tidak dapat dinafkan peranan seorang wanita dalam turut serta menyumbangkan tenaga dalam bidang bidang tertentu hatta berdakwah sekalipun....jadi jika anda (isteri) dan bakal menjadi isteri yang akan menyandang jawatan tinggi be prepare apa yang patut kita lakukan ?

1) beradab sopan dalam bertindak ke atas sesuatu perkara di hadapan suami ....jangan sampai tindakan kita itu boleh menyakitkan hati suami lebih lebih lagi menyusahkan 
2) Sikap meninggi diri perlu dihapuskan bagi membolehkanya taat dan melayani suami sebgaimana yang dikhendaki oleh Allah swt
3) Yang ni perlu ingat , walaupun berjawatan tinggi , terkenal apabila berhadapan dengan suami , isteri perlu ingat , dirinya lebih rendah daripada suaminya ...kerana kedudukan suami itu lebih tinggi dan lebih istimewa di sisi Allah ...
4) Sikap sebagai pemimpin yang selalu memberi arahan kepada pekerja di bawahnya tidak patut terbawa bawa ketika berhadapan dengan suami di rumah .... tetapi suami perlu bantu si isteri apabile si isteri meminta ...
5) Ikut segala perintah dan arahan suami asalkan tidak bercanggah dengan syarak .... dan suami jangan pula buat isteri anda sebagai robotcop !!! 

Mujahadah isteri yang lebih Bijak daripada suami 

1) Selalu minta nasihat daripada suami walaupun dalam hal hal yang kecil ... kalau rasa nasihat yang diberikan tu kurang baik , utarakan pendapat ... suami jangan pula tak meraikan pendapat isteri ... jangan mendominasi perbincangan .... kata two ways communication  .... kalau si suami bersetuju OK ... 
2) Elakkan dari membantah apatah lagi memperlecehkan arahannya walaupun tidak munasabah
3) Kalau suami ada sesuatu pandangan y sama dengan isteri  terima pandangan itu tanpa menjelaskan pandangan sendiri ... 
4) Wujudkan rasa dalam hati bahawa suaminya itu tetap istimewa dan kerana dia sememangnya telah diistimewakan oleh Allah ...walau macam mana keadaannya sekalipun ... 

Mujahadah Isteri yang sering ditinggalkan

1) Apabila isteri selalu ditinggilkan kerana bertugas seelok eloknya si istri membanyakkan ibdah sunat di samping menyibukkan diri dengan kerja kerja yang berfaedah 
2) Kenangkan bagaimana Siti Hajar ditinggalkan Nabi Ibrahim as bersendirian di padang pasir yang tandus ....
3) Sambut kepulangan suami dengan persediaan iatimewa tanpa mempersoalkan perkara perkara yang negatif
4) Sekiranya timbul rasa marah kepada suami , digalakkan supaya menggunakan kaedah yang diajar oleh Nabi saw .... 

Mujahadah Isteri terhadap suami yang mencuaikan agama

1) Isteri selalu menunjukkan sikap yang baik dengan melayan segala kehendaknya selagi ianya tidak melanggar syariat dengan disertakan niat mendidiknya menjadi orang yang taat kepada agama
2) Selalu mendoakan supaya Allah mengubahnya menjadi orang yang baik .. doa itu kan senjata orang mukmin !
3) sentiasa memberikan bahan bacaan agama dan jangan pernah jemu sekiranya pemberian itu ditolak ..
4) Apabila mendapati suami selalu melakukan maksiat isteri perlu sentiasa mengingatkannya mengenai dosa dilakukannya...... pada masa yang sama mungkin isteri tidak memberikan layanan yang bagus jadi si isteri perlu perbaiki dir dari semasa ke semasa
5) Apabila suami tidak menunaikan solat isteri kena pandai memujuknya supaya dia dapat merasai pentingnya menunaikan solat ...
6) Apabila selalu berhadapan dengan suami yang pemarah , suka memukul dan sebagainya isteri perlu mujahadah dan menghalusi akhlakny di hadapan suami ...

huh letih saya menulisnya ^^ ..... apa apa pun dalam usaha bermujahadah ini , isteri sememangnya akan beradapan dengan pelbagai ragam suami samada yang menyenangkan ataupun yang kurang menyenangkannya ... di sinilah kita sebagai isteri perlu memainkan peranan Iman yang kuat ... dengan Iman yang kuat seseorang itu akan menang dalam mujahdahnya ... 

*post ini adalah sebagai peringatan buat diri saya terutamanya kerana apabila saya sudah berumah tangga kelak diary inilah yang akan mengingatkan saya .... dan pastinya saya tidak terlepas dari diuji olehNya dengan setiap kata yang dituturkan .... 

minta maaf semua ..... wanita kerana dirimu begitu berharga .... 

* sama sama kita berdoa agar diberikan kekuatan dalam setiap kitaran hidup kita .... 

_Jadilah bunga kebahagiaan , anugerah sekebun bunga dari taman Iman.... Inilah kebahagiaan sebenar _