Tuesday, 29 January 2013

Perilakunya

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang

sebelum tu doakan saya yer teman teman untuk melunaskan misi programming system .... sungguh memeningkan dengan bahasa komputer ini ....

Assalamualaikum kepada follower saya yang bersembunyi dan yang secara teran terangan .... Lama sungguh saya tidak mengupdate blog ni ..... sehingga ada yang menegur saya (bagi mereka yang mengenali pemilik blog ni ^^ ) ..... 

saya tak tahu saya nak berkongsi apa hari ini , tapi saya nak juga menulis saat ini lari dari fokus untuk meneruskan sistem ..... hemmmm cuba teka ? saya yakin sahabat sahabat di luar sana sudah pun membacanya dan jauh sungguh diri saya ditinggalkan oleh sahabat sahabat sekalian ....

setelah bermusafir selama 5+2 saya ternampak di satu sudut rak bahan bacaan satu buku lalu saya mengambilnya dan membelek sari intipatinya .... sebelum bermusafir ke tempat seterusnya selama 2 hari saya cuba untuk membaca separuh buku tersebut hinggalah terlelap kedua biji mata ini ... dan saya membawa buku tersebut di lokasi musafirnya diri ... budget  macam boleh baca tapi nafsu tidur tu lebih kencang daripada nafsu mentelaah ... tapi sebelum nak tidur tu sempat la tilik sekejap jer ... kemudian Bismikallah ..... 

apabila pulang kembali di baiti jannati , saya cuba menghabiskan bacaan dan alhamdulillah HABIS ... thank you Allah for giving me a spirit to make it done ! Alhamdulillah ..... sepanjang saya melayani bahtera isinya terdetik dalam hati "Ya Allah masih adakah lagi lelaki sepertinya di zaman ini ? " Jika nak dibandingkan dengan Rasulullah saw tentulah sudah jauh peribadi insani dengan peribadi Baginda namun mungkin masih terselit sisa sisa peribadi di dalam diri seorang pemuda yang seakan akan mirip peribadinya dengan ketokohan serta kepimpinan beliau .... 

siapakah beliau ? tak lain tak bukan Imam Syahid Hassan Al-Banna .... ramai dah yang habis baca buku ini tapi saya berada di ceruk belakang ... macam kura kura walaupun lambat akhirnya menang gak di garisan penamatnya .... saya menang melawan hawa nafsu untuk menghabiskan buku 

THE BEST SELLER CINTA DI RUMAH HASSAN AL BANNA

sungguh terharu bila baca isinya .... begitu halus , tulus ajaran dan didikan yang disebarkan dalam keluarganya .... banyak kata kata yang positif yang pastinya mempositifkan minda serta pemikiran kita sebagai orang yang beriman dan bertaqwa .... 

apa yang hendak saya kongsikan disini adalah mengenai penerapan yang digunakan oleh beliau ... jom saya refresh kembali isinya .... saya hanya menulis beberapa isi sahaja tetapi insyaAllah jika ditakdirkan saya panjang umur , boleh la sambung entri ini ..... 





aku ingin menyampaikan dakwah ini hingga kepada janin di perit ibunya (Hassan al Banna)

saya nak kongsi bahagian ini iaitu bahagian 3 dalam buku tersebut ... hemmm saya rasa pemuda (lelaki) wajib baca buku ini ..... perlu aplikasikan dalam hidupnya ..... kerana apa ?

Rasulullah saw bersabda : Setiap kamu adalah pemimpin yang bertanggungjawab ke atas yang dipimpinnya...seorang amir adalah pemimpin ke atas rakyatnya dan dia bertanggungjawab ke atas rakyatnya dan dia bertanggungjawab ke atas yang dipimpinnya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas yang dipimpinnya ... seorang perempuan adalah pemimpi di rumah suaminya dan anaknya , dan dia bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. seorang hamba sahaya adlh pemimpin atas harta tuannya dan dia bertanggungjawab ke atas yang dipimpinnya. setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas yang dipimpinnya (HR Bukhari daripada hadis Nafi' bin Umar ra)  

Ayah yang menunaikan kewajipannya, bererti dia telah bebas daripada tanggungjawabnya di hadapan Allah swt di hari kiamat.....

dalam sub Diskusi calon mertua dan calon menantu anak kepada Hassan Al banna mengatakan bahawa ibunda al banna amat teliti dan cermat dalam memilih calon menantunya .... sehingga ibunda hassan al banna pergi ke beberapa rumah tokoh Ismailiyah... pada masa itulah ibunda hassan al banna menyukai perwatakan serta perilaku calon menantunya itu (isteri Hassan Al Banna)..walaupun keluarga ibunya (ibu kepada Tsana anak Hassan al Banna) terdiri daripada keluarga yang sederhana tetapi akhlaknya sehinggakan mereka berdikari dan menyediakan keperluan serta memasak kepada para pekerjanya ... nenek (ibunda Hassan Al Banna) merasakan keluarga ibunya itu keluarga yang baik hati dan sungguh dermawan ....... koklusinya wahai pemuda islam seandainya ingin mencari calon isteri carilah yang beragama ...... 

sesuai dengan saranan Nabi saw 

“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”

Untungnya seorang lelaki jika mendapatkan sepertimana yang Baginda sabdakan lengkap !! ... yang pastinya saya bukanlah seorang wanita yang sempurna , wanita yang tip top , agama pun masih kurang apatah lagi akhlak saya sungguh tidak baik akhlakku.... jika saya melakukan kesalahan jangan salahkan agama yang saya , dan anda anuti sesungguhnya Islam itu tidak salah yang salah adalah individu jadikan salahkan diri sendiri ..... kepada pemuda Islam saya mendoakan agar kalian akan mendapat ke empat empat ciri yang dinyatakan Baginda saw ... ^^ 

apa yang saya suka dengan isi buku ini adalah totally cara didikan Imam Hassan Al Banna terhadap isterinya , anak anaknya , sahabat handainya serta kadernya ...  

menyedarkan Anak Gadis dengan peranan kewanitaanyya

tajuk ini juga meerupakn sub topik dalam buku ini ... perhatian kepada lelaki !!! baca yerr 

wanita adalah saudara kandung lelaki. Kaum wanita mempunyai peranan agung dalam membangunkan umat yang besar ini . jika ungkapan "Ada wanita di sebalik semua yang luar biasa" anda kena akuilah sebab kaum wanita memang kerap memainkan peranan penting dan merekalah yang melahirkan lelaki pejuang yang boleh membangkitkan umatnya .... 

Imam Hassan Al Banna sangat menitik beratkan kaum wanita.... kepada lelaki Islam jangan sekali kali anda menafikan hak kewanitaan ... please appreciate them ..... Imam Hassan al Banna memang bagus sangat sangat sehinggakan dia tidak sesekali menyusahkan isterinya ..... contohnya selalu kita dengar suara suara dari sang lelaki mengatakan kerja dapur , rumah semua kerja perempuan tapi nak tahu tak macam mana pengurusan rumah tangga Imam Hassan Al Banna ?
pernah suatu hari dia balik kemudian melihat isterinya tidur lalu Imam Hassan pergi ke dapur membuat makanan serta menyediakan makanan sendiri ..... tetiba saya teringat kata kata ustaz yang mengjar third language dulu kala begini maksudnya 

"setakat nak sidai baju , bancuh air kopi xkan nak suruh isteri juga yang buat ... kenapa tidak membantu isteri juga , turunkan sedikit rasa ego lelaki , jangan malu kalau jiran tengok suami yang siadai kain dan bla bla bla ..." masa ni ustaz pesan kat budak lelaki yang sekelas dengan saya ... pemuda Islam buktikan !!!

hemmm saya nak bancuh air sekejap saya nak sambung sistem , petang nanti nak pergi ke rumah doktor ada urusan ... jadinya setakat ni dulu saya nak kongsi , ada masa saya nak sambung lagi dari sudut yang saya nampak apa yang ada pada kepimpinannya ....... Ya Allah sungguh hebat insan ini , benarlah dia merupakan pemimpin pilihanMu Ya Allah .... Jadikanlah lelaki lelaki di dunia ini sepertinya .... 

minta maaf dan terima kasih semua ^^

---------------------------

beberapa hari yang lepas saya bermimpikan ada seseorang yang akan bawa saya ke Umrah dan seperti yang saya pernah ceritakan dalam blog ini di entri yang lain dua kali sahaja saya bermimpikan tentang Kaabah ... dan tanpa memberitahu sesiapa hal ini (mimpi latest) , ada sahabat yang post gambar kaabah di wall saya ... Ya Allah betapa aku ingin terbang ke sana ... doakan yer hasrat saya ini kesampaian sebelum ajal menjemput saya .....

Ya Allah ingin lagi ku bertemu KaabahMu di dalam alam maya ku sehinggalah daku jejak kaki ke sana.... aamiin 

-----------------------------  


Wednesday, 16 January 2013

Mujahadah seorang Isteri

Dengan Nama allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 

Assalamualaikum ... apa khabar semua ? harap harapnya semua sihat ... saya Alhamdulillah kini berada dalam fasa menuju fever .... Alhamdulillah ya Allah .... sungguh lama saya tidak aktif beberapa hari , minggu untuk bertinta di sini .... apa sudah jadi pada diri saya ? hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui ... Ayuh selawat ke atas Nabi junjungan ummah Nabi Muhammad saw ....  

terkaku juga saya untuk menyentuh dan juga menulis isu ini ... kerana saya bukan berstatus wanita yang sudah berumah tangga ... namun buku yang telah bertahun tahun dibeli , dibelek kembali dan akhirnya ada sedikit kekuatan untuk menulis seperti mana tajuk post kali ini ..... di Fb selalu saya lihat rata rata ramai kawan kawan yang share mengenai soal munakahat dan rasanya status sebegitu seringkali mendapat supporte button like yang palin ramai ? betulkan ? yang pastinya saya kurang berminat untuk share perkara sebegitu .... kenapa yer ? segan ? malu ? atau tiada perasaan cinta dalam jiwa ? lagi mustahil tu sebab seorang hamba tidak boleh melawan arus fitrah semulajadi yang Allah tiupkan ke dalam jiwa jiwa hambanya .... kalau tiada perasaan cinta dalam diri sudah pasti kita tidak mengenali Allah , sudah pasti kita tidak mendekati sirah sirah Nabi .... dan tak mungkin kita akan jatuh cinta sesama makhluknya ... bukan begitu ? saya malas nak bagitahu kenapa saya kurang share  status yang berkaitan hal rumah tangga , suami isteri ,dan seumpanya ... walaupun hakikatnya ia adalah salah satu dakwah juga ... 

boleh dikatakan post yang paling hangat diperkatakan dan diulas tentang ciri cir suami soleh , isteri solehah ..... peranan suami isteri dan seangkatannya .. cuma saya nak lari sedikit dari topik sebegitu dan saya nak fokuskan kepada tajuk post saya kali ini .... ada bangkangan ? ^^ 

secara realiti alam rumah tangga adalah alam yang penuh mencabar tetapi cabarannya tidaklah seberat cabaran kita di alam barzakh kelak ... selalu kita dengar dari orang berpengalaman banyak asam garam hidup dan pengalaman pahit manis yang dirasai .... lebih lebih lagi seorang wanita yang menjawat jawatan sebagai isteri dalam institusi rumah tangga ..... 

muslimat yang solehah di luar ....

cuba kita sama sama mula berfikir secara berhikmah ..... umumnya kita sudah mengetahui peranan seorang isteri apabila sudah berkeluarga kelak mungkin ianya nampak mudah di mata pemerhati , namun mungkin bagi saya ianya satu cabaran .... saya tidak perlu nyatakan peranan sang isteri kerana anda semua lebih layak untuk nyatakan .. ^^  ... cuma perlu difikirkan bersama dalam usaha kita untuk menjadi isteri solehah , kita juga perlu melalui banyak proses dan pengorbanan melawan kehendak nafsu ... Salah satu daripadanya adalah mengikis sifat sifat mazmumah yang sudah sekian lama bersarang dalam diri .... ya !!! kita semua ada sifat mazmumah tetapi kita sewajibnya singkirkan sekecil kecil sifat mazmummah sebelum ia menjadi barah yang mana apabila merebak dengan maraknya menjadi sukar untuk diubati .... 

Dalam usaha untuk menjadi wanita dan isteri solehah , Allah mengutuskannya kepadanya seorang suami yang akan menjadi penyebab bagi membongkar sifat sifat mazmummah yang ada dalam diri kita .... gerun kan ? tetapi itulah hakikatnya ... sama juga dengan kita , apabila kita sudah bersuami kita juga akan menjadi pembongkar kepada setiap sikapnya yang negatif....sebab itu ada yang menyatakan bahawa apabila terjadinya lafaz akad nikah kita bukan berinteraksi dengan wajahnya yang jelita , wajahnya yang tampan bahkan kita akan berinteraksi dengan sikapnya ......... jadi benarlah hadis nabi yang mengatakan pilihlah yang beragama pasti selamat ... 

Mungkin seorang isteri yang sememangnya sudah dididik dan juga mendidik dirinya supaya sentiasa sabar , redha sebelum bergelar isteri tetapi belum tentu boleh berbuat begitu ketika kehendaknya tercabar .... manusia yang beriman belum tentu dapat menahan ujian dari Allah swt ....... 

Apa yang perlu seorang Isteri mengup kan mujahadahnya ? di atas tadi adalah muqadimmmah sahaja ... jom beralih ke isinya ... sebelum tu bagi yang mereka tidak tahu apa itu mujahadah let me speak first about Mujahadah .. so LISTEN ... silap silap ... so READ .... ^^ 

Mujahadah ???

Pengertian mujahadah secara umum ialah berjuang bersungguh-sungguh untuk melawan musuh. Siapakah musuh itu? Tentu sekali hawa nafsu !  

jom kita ketahui serta bersiap siaga dalam menjadi seorang wanita yang hebat !!! 

1) Mujahadah Isteri berjawatan Tinggi dan terkenal 
2) Mujahadah Isteri yang lebih bijak daripada suami
3) Mujahadah Isteri yang sering Ditinggalkan
4) Mujahadah Isteri terhadap suami yang mencuaikan agama

Mujahadah Isteri berjawatan Tinggi dan Terkenal

di sebalik kepesatan pembagunan di dunia ini , tidak dapat dinafkan peranan seorang wanita dalam turut serta menyumbangkan tenaga dalam bidang bidang tertentu hatta berdakwah sekalipun....jadi jika anda (isteri) dan bakal menjadi isteri yang akan menyandang jawatan tinggi be prepare apa yang patut kita lakukan ?

1) beradab sopan dalam bertindak ke atas sesuatu perkara di hadapan suami ....jangan sampai tindakan kita itu boleh menyakitkan hati suami lebih lebih lagi menyusahkan 
2) Sikap meninggi diri perlu dihapuskan bagi membolehkanya taat dan melayani suami sebgaimana yang dikhendaki oleh Allah swt
3) Yang ni perlu ingat , walaupun berjawatan tinggi , terkenal apabila berhadapan dengan suami , isteri perlu ingat , dirinya lebih rendah daripada suaminya ...kerana kedudukan suami itu lebih tinggi dan lebih istimewa di sisi Allah ...
4) Sikap sebagai pemimpin yang selalu memberi arahan kepada pekerja di bawahnya tidak patut terbawa bawa ketika berhadapan dengan suami di rumah .... tetapi suami perlu bantu si isteri apabile si isteri meminta ...
5) Ikut segala perintah dan arahan suami asalkan tidak bercanggah dengan syarak .... dan suami jangan pula buat isteri anda sebagai robotcop !!! 

Mujahadah isteri yang lebih Bijak daripada suami 

1) Selalu minta nasihat daripada suami walaupun dalam hal hal yang kecil ... kalau rasa nasihat yang diberikan tu kurang baik , utarakan pendapat ... suami jangan pula tak meraikan pendapat isteri ... jangan mendominasi perbincangan .... kata two ways communication  .... kalau si suami bersetuju OK ... 
2) Elakkan dari membantah apatah lagi memperlecehkan arahannya walaupun tidak munasabah
3) Kalau suami ada sesuatu pandangan y sama dengan isteri  terima pandangan itu tanpa menjelaskan pandangan sendiri ... 
4) Wujudkan rasa dalam hati bahawa suaminya itu tetap istimewa dan kerana dia sememangnya telah diistimewakan oleh Allah ...walau macam mana keadaannya sekalipun ... 

Mujahadah Isteri yang sering ditinggalkan

1) Apabila isteri selalu ditinggilkan kerana bertugas seelok eloknya si istri membanyakkan ibdah sunat di samping menyibukkan diri dengan kerja kerja yang berfaedah 
2) Kenangkan bagaimana Siti Hajar ditinggalkan Nabi Ibrahim as bersendirian di padang pasir yang tandus ....
3) Sambut kepulangan suami dengan persediaan iatimewa tanpa mempersoalkan perkara perkara yang negatif
4) Sekiranya timbul rasa marah kepada suami , digalakkan supaya menggunakan kaedah yang diajar oleh Nabi saw .... 

Mujahadah Isteri terhadap suami yang mencuaikan agama

1) Isteri selalu menunjukkan sikap yang baik dengan melayan segala kehendaknya selagi ianya tidak melanggar syariat dengan disertakan niat mendidiknya menjadi orang yang taat kepada agama
2) Selalu mendoakan supaya Allah mengubahnya menjadi orang yang baik .. doa itu kan senjata orang mukmin !
3) sentiasa memberikan bahan bacaan agama dan jangan pernah jemu sekiranya pemberian itu ditolak ..
4) Apabila mendapati suami selalu melakukan maksiat isteri perlu sentiasa mengingatkannya mengenai dosa dilakukannya...... pada masa yang sama mungkin isteri tidak memberikan layanan yang bagus jadi si isteri perlu perbaiki dir dari semasa ke semasa
5) Apabila suami tidak menunaikan solat isteri kena pandai memujuknya supaya dia dapat merasai pentingnya menunaikan solat ...
6) Apabila selalu berhadapan dengan suami yang pemarah , suka memukul dan sebagainya isteri perlu mujahadah dan menghalusi akhlakny di hadapan suami ...

huh letih saya menulisnya ^^ ..... apa apa pun dalam usaha bermujahadah ini , isteri sememangnya akan beradapan dengan pelbagai ragam suami samada yang menyenangkan ataupun yang kurang menyenangkannya ... di sinilah kita sebagai isteri perlu memainkan peranan Iman yang kuat ... dengan Iman yang kuat seseorang itu akan menang dalam mujahdahnya ... 

*post ini adalah sebagai peringatan buat diri saya terutamanya kerana apabila saya sudah berumah tangga kelak diary inilah yang akan mengingatkan saya .... dan pastinya saya tidak terlepas dari diuji olehNya dengan setiap kata yang dituturkan .... 

minta maaf semua ..... wanita kerana dirimu begitu berharga .... 

* sama sama kita berdoa agar diberikan kekuatan dalam setiap kitaran hidup kita .... 

_Jadilah bunga kebahagiaan , anugerah sekebun bunga dari taman Iman.... Inilah kebahagiaan sebenar _



      

Saturday, 5 January 2013

Indah dalam gundah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

" sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah "

rasa sekejap sahaja masa berlalu pergi .... tetapi bila dimuhasabahkan diri balik , ke mana semua masa yang telah diberikanNya saya gunakan ia ke arah jalan kebaikan ... memang tidak dapat dihitung , dinilai apatah lagi jauh sekali untuk ditimbang .... Banyak masa yang diberikanNya tidak digunakan dengan sesempurna yang mungkin ..... betapa teruknya saya ya Allah ..... 

beberapa hari yang lepas saya bertemu dengan sahabiah saya , cuba untuk memeberikan sedikit suntikan semangat kepada mereka , cuba untuk membersihkan jiwa , cuba untuk menyampaikan sedikit "wasiat" sebelum saya meninggalkan jejak di tempat saya berada sekarang .... saya akui saya bukanlah tergolong dari keluarga ustaz ustazah , namun sahabat sahabat setiap dalam diri kita ada hak untuk diri kita sendiri mentarbiyah dan bersiap siaga untuk ditarbiyah ...... 

senang dalam berkata kata tapi sukar untuk melaksanakannya 

Adakalanya itulah jawapan yang bermain di benak fikiran orang yang saya sayang disekeliling tetapi kita harus sedar bahawa jika hati kita tidak berkehendak ke arah itu pasti untuk melaksanakannya agak sukar dan apatah lagi ada yang memisahkan istilah tarbiyah ini dari jasad mereka ... Ya Allah .

Secara jujurnya saya ingin katakan seandainya kita sentiasa menghitung amalan kita selama mana kita bernafas pasti kita akan merasakan bahawa diri kita ini selayaknya dicampakkan ke dalam neraka namun bukan itu cita cita tertinggi kita kerana saya yakin dan percaya bahawa setiap dari kita memgang erat kata kata ini 

Allah adalah tujuan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
Cita-cita kami tertinggi 


tetapi seandainya kita sudah rebah dengan diri kita sendiri , kita tewas dalam mengawal emosi kita , kalah dengan kepentingan keperluan rohani kita , jauh sangat diri kita dengan Allah swt .... jika kita imbas kembali mengapa ada orang yang menggerakkan hatinya untuk berdakwah , melunaskan misi untuk mengembalikan khilafah Islam ? bukankah ianya hadir atas dasar kesedaran ? begitu juga diri kita perlunya sedar akan hakikat mentarbiyah diri dari semasa ke semasa jangan tunggu "tawaran" seseorang untuk datang menghadap diri kita untuk menyediakan santapan tarbiyah ... bimbang nanti  yang ditungu tunggu tak kunjung tiba .... diri kita terus dibuai , hanyut dan alpa .... kerana syaitan itu lebih hebat dari kita walaupun kita belajar di tahap kelulusan tinggi , kerana syarat untuk menghasut manusia ke lembah kesesatan tidak memerlukan sijil yang pelbagai , tidak memerlukan lulusan pengajian yang tinggi cukup sekadar dengan membisikkan sesuatu yang mampu membuat manusia tergoda dengan pujuk rayunya .... Jika saya salah tolong perbetulkan ...

pembaca yang sentiasa berada dibawah RahmatNya

di saat hati kita merasa kekurangan sesuatu cuba kita kaji balik , cari puncanya kembali , cuba untuk mencari penawarnya kembali ..... hati yang sakit ada penawarnya .... kita semakin jauh dari Allah jika kita sendiri tidak mendekatiNya .... bukan Allah sengaja untuk menjauhkan diriNya dengan kita tetapi kita sendiri yang menginginkannya ... kita tidak berusaha untuk mengisi kekosongan jiwa dengan sesuatu amalan yang boleh menyebabkan status kita sebagai 'abid diikitiraf   

apa yang saya katakan ini bukanlah ingin menyatakan saya ini hebat dalam tarbiyah ... tidak sama sekali ... tetapi apa yang cuba saya sampaikan ini , tidak lain tidak bukan hanyalah kerana ingin mengingatkan diri yang sentiasa lemah , yang sentiasa leka agar jangan terus terleka , terbuai hanyut dengan angan angan yang tidak ada faedahnya ..... semua tulisan ini khusus ditujukan buat diri saya ... khusus dan khusus .... 

sedikit coretan yang ingin dikongsikan 

----------------------------------------------

lewat petang semalam , saya berfikir tentang duit untuk kegunaan seharian dan juga untuk melangsaikan hutang yang tertunggak tetapi masalah itu bukan masalah utama saya kerana saya yakin dan saya selalu dihadiahkan rezeki olehNya tepat pada waktunya ..... saya dihubungi oleh sahabat alumni saya untuk menggantikan dirinya pada malam tersebut untuk mengadakan usrah bersama adik adik yang hebat di pandangan mata saya .... saya menyambut permintaannya ... 

dipendekkan cerita 

sampai di surau yang ingin ditujui saya melihat anak anak dari yang umur tadika hinggalah tingkatan 4 bersiap sedia untuk bertalaqqi bersama ... saya mengambil dari kelompok tingkatan 4 ... bermulalah usrah saya dengan mereka bersama .... saya boleh katakan bahawa mereka ini lebih hebat berbanding dengan diri kita .... adakalnya pertanyaan mereka itu tidak menggambarkan mereka di tingkatan empat ... masyaAllah ..... sungguh saya cemburu .... saya memberitahu kepada adik adik yang comel (muslimat) betapa untungnya mereka di waktu usia yang muda ini mereka telah didedahkan dengan pengisian agama ... mana tidaknya kalau bukan dari desakan dan asakan dari keluarga .. benarlah "melentur buluh biarlah dari rebungnya" ..... dan diakhir kalam saya berpesan pada adik adik supaya tetap dengan usrah sehinngga masuk ke alam universiti ... banyak yang boleh saya kongsikan bersama dengan pembaca sepanjang saya berusrah dengan mereka tetapi memadailah setakat ini ... 

---------------------------------------------

sahabat sahabat yang mengenali saya hatta tidak mengenali saya , saya bukanlah orang yang hebat dalam arena pentarbiyahan apatah lagi lapangan dakwah tetapi perlunya peranan kita untuk menyediakan "jarum" dan menggunakannya bilamana kita memerlukan ... jarum ??? ya jarum yang telah diisi dengan penawarnya apabila tiba masanya kita hanya perlu suntikkan penawar itu bagi melembutkan hati kita , bagi mencairkan hati yang semakin mengeras , memutihkan hati semakin kelam hitamnya ... bukankha kita sendiri yang lebih memahami , lebih mengenali diri kita sendiri berbanding teman teman sekeliling .... tepuk dada tanya iman ..... 

bukankah hidup itu hanya untuk yang maha hidup ? 

siapa yang Maha Hidup ? tidak lain tidak bukan Allah swt yang Maha Hidup ... tugas kita untuk berbakti padaNya .... saya sendiri semakin merasakan semakin dekat dengan waktunya untuk saya berpisah bersama teman seperjuangan saya di sini ... saya tidak boleh mengeluarkan keluhan ini depan teman seperjuangan saya kerana dengan automatiknya serba sedikit mata mereka mulai kemerahan ... mula hendak menitiskan air mata , dan sekaligus mereka tidak mahu saya meneruskan kata kata saya itu ... inilah ukhwah yang tidak perlu mengatakan "aku sayang padamu , rindu padamu " sudah cukup dengan bila mata saling bertentangan antara satu sama lain kita sendiri dapat merasakan keadaan sebenar sahabat kita samada dalam berdukacita , kesedihan , kegembiraan dan sebagainya ....

Indah dalam gundah ..... boleh ker ? sebenarnya kita semua boleh hidup indah dalam gundah sahabat sahabatku sekalian .... tapi bagaimana ? tidak lain tidak bukan dengan memuhasabahkan diri kita sendiri ... berpadulah tenaga bersama jasad kita dalam mencari cinta , cinta yang hakiki ... cinta yang tidak boleh ditukar ganti .... cinta yang sememangnya CINTA ..... 

saya sarankan buat diri saya sendiri sejurus meninggalkan lapangan dakwah disini supaya sahabat sahabtat mendoakan saya agar saya terus menerus mengorak langkah ... andai tiada berita yang kalian dengar dari diri ini cubalah untuk beratanyakan khabar mana tahu pada ketika itu saya telah meninggalkan dunia ini untuk selama lamanya atau saya semakin jauh dengan 'ikatan' yang telah saya bina bersama .... moga moga syahid yang kita impikan akan ditunaikanNya .... pernah saya bertanya kepada seseorang (tidak perlu untuk nyatakan) mungkin dia salah seorang pembaca ruangan ini ..

---------------------------------

A : Dik , kalau akak khawin nanti adik akan datang ke tak ? 

D : pastilah datang ......... bla ... bla .. bla...

A : Dik , kalau akak mati nanti adik datang tak untuk kebumikan akak ?

D : saya pasti datang dan saya nak lihat Tuhan peluk erat kakak ... bla .. bla.. bla ...

--------------------------------

apa apa pun sahabat yang saya terlalu hormati ,

marilah kita sama sama saling bermaaf maafan antara satu sama lain dan sama sama kita berdoa pada Sang Pemberi agar hati kita tetap , tegar dengan kehidupan yang kita jalani ini ... semoga terus menyambung rantaian dakwah ini , kuat dalam mengharungi hidup ini , tidak penat dalam melayan karenah hati yang sentiasa memberontak .... sama sama kita sujud menyembahNya memohon , meminta , merintih padaNya agar sahabat yang kita kenali sekarang ini adalah sahabat yang akan sama sama membawa kita ke syurga , andai kita jauh dari sasaranNya , jangan lupa untuk kembali bertaut padanya ..... indahnya hidup dalam gundah apabila menyedari hakikat kita yang memerlukanNya ..... moga moga kita sama sama memanfaatkan usia yang ada untuk bekalan akan datang ...... saya mohon maaf andai tulisan ini mencetus rasa mual , rasa ketidakpuasan hati sahabat sahabat saya sekalian ... 

rinduilah syurga agar syurga merindui kita 
bersiap siaplah diri kita agar syurga juga turur berhias menjemput kita 


------------------------------------- iklan sedikit 


sementara sahabat sahabat saya tekun belajar untuk berjuang di medan peperiksaan saya juga sibuk dalam belajar juga .... belajar apa ? belajar ini .... 

dua darinya milik housemate ku dan satu darinya adalah milikku ...
yang mana milikku ?









saya pernah katakan dahulu genre cinta bukan saya punya kegemaran sebab saya tak tahu saya ni suka jenis buku yang macam mana ? haaa cuba teka antara tiga buku itu yang mana si pemilik tinta sundus ?

hakikatnya buku itu sangatlah tipis tapi saya hanya mampu membelek terlebih dahulu mengambil sedikit info info yang tercalit di dalam buku pemuda Islam , Sebelum aku bernikah , Rancang Wang ..... untuk menghadanya belum tibanya lagi .... 

jadi yang tengah exam  jangan study buku buku ini hehehe tapi orang yang dah tak ada exam  boleh baca buku buku begini ..... ye ker ???? 

apa apapun saya mendoakan agar kalian dipermudahkan oleh Allah swt dalam setiap sesuatu urusan baik di dunia mahupun di akhirat ... salam sayang dari insan yang akan pulang ke kampung haalaman ..... 


------------------------------------

moga syurga yang diidam milik bersama .... saya akhiri dengan lafaz assalamualaikum dan astaghfirullah ...

Friday, 4 January 2013

Jangan Hilangkan Bahagia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ya Allah .... betapa rindunya hendak menulis di sini ..... walaupun tulisan yang ada kalanya tidak memberi manfaat dan hasil yang positif sekalipun .... sehinggakan ada yang bertanya menyergahku ..... sudah lama saya tidak menulis .... bukan tidak menyinggah walhal banyak isi yang ingin dikongsi tapi kaku di dalam draft blog ini .... jari jemari ini seolah olah sedikit membeku ... tidak tahu dimana ingin mulakan terlalu banyak perkara yang berlaku sekitar kini ... hanya Allah swt sahaja yang mampu Memahami ... "menahan itu satu keperitan" namun ketegaran hati yang mampu menjadi ubat penawar ........ memorinya tetap bersemadi .....  Allahurabbi ....

hilang bahagia andai kita menyulitkan kehidupan,
hilang kemanisan andai kita mengosongkan jiwa

Sewaktu kita didorong dan dibantu oleh Allah swt dalam melaksanakan kebaikan , sudah pastinya segunung kesyukuran kita luahkan pada Allah yang Esa .. sewaktu didorongNya macam macam perkara yang kita dapat lakukan sehingga adakalanya seperti tidak cukup kaki dan tangan .... pelbagai kebaikan yang hendak kita laksanakan .... Memang benar siapalah kita tanpa pimpinan,  tanpa suluhan cahaya dariNya .... hilang pimpinan dariNya maka hilanglah jalan menuju syurga .... kegelapan mula mewarnai kehidupan .... mulalah kaki melangkah menjauhi Allah swt .... Nauzubillah hi minzalik ...... moga moga kita bukanlah ummah yang menjauhiNya malah semakin hari semakin mendekatiNya ....

Pembaca yang dikasihi olehNya

pernahkah kita meletakkan sedikit perasaan bersalah pada diri kita sekiranya kita yang telah diberi tanggungjawab , yang telah diamanahkanNya untuk melaksanakan misi menebar seluas luasnya sayap dakwah ? membanting tulang yang telah dianugerahkanNya untuk bergerak ke arah kebenaran ? secara jujur saya mengatakan , dan secara telusnya saya ingin menyatakan kepada sahabat sahabat yang hebat di mata saya apatah lagi kata kata ini ditujukan khas buat diri saya yang hina ini untuk mengfungsikan seluruh anggota tubuh badan yang sedia ada demi Islam yang kita cintai ..... saya juga bimbang andai saya tersungkur bilamana Allah ingin menduga kehidupan saya tapi andai kita tidak memohon kepada Sang Pemberi kepada siapa lagi kita perlu memohon , meminta  agar dikurniakan hati yang tabah dalam melalui liku liku hidup ...

Di waktu sihat inilah seharusnya kita menggerakkan seluruh "tentera" anggota badan menyahut seruan Illahi.... andai masa sihat ini tidak digunakan dengan sebaik baiknya , bila lagi kita akan "mendermakan" tenaga kita untuk Islam .... Kaki yang diberikan Allah , gerakkan ia ke tempat yang sewajarnya , jika sakit namun masih mampu berdiri , berjalan, mampu bertahan , teruskan menghayun langkah seolah olah kita adalah wira , kita adalah orang yang bertenaga .... Allah lebih tahu kemampuan kita untuk bergerak .... Tangan digunakan untuk melakukan perkara perkara yang baik dan bukan "menyorok" tangan bilamana bantuan diperlukan ... Hati .... Allah hati inilah raja segala raja ..... kalau mempunyai hati zalim maka seluruh anggota turut menjadi zalim dan sebaliknya ......

pembaca yang sentiasa hebat di mata saya

Hati .... Hati dan Hati .... susahkan untuk menjaga hati ..... nak jaga hati kawan , ibu bapa , teman teman dan lain lain .... namun suka saya mengingatkan diri saya untuk saya menjaga hati saya terlebih dahulu , biarlah iringan Tahajud dan Taubat yang akan menyucikan hati saya ..... jangan salah faham pula dengan statement saya ... bukan saya menafikan hak untuk menjaga hati orang sekeliling ... Tidak sama sekali !!! Bila hati kita suci , bersih dari sebarang kekotoran , insyaAllah benih benih mahmudah pasti akan tersemai dalam hati kita sekaligus kita juga mampu menjaga seluruh hati makhluk Allah swt ....... bukan mudah nak jaga hati kita sendiri apatah lagi masyarakat sekeliling , namun tidak susah untuk kita mengubahnya ......  jelas dengan apa yang saya lontarkan ini ? biar saya bagi contoh

-------------------------------------------------

jika kita sentiasa mendidik hati kita dengan sifat mazmumah seperti perasaan benci sudah pasti bila bila masa sahaja kita akan membenci seseorang bila tiba waktunya , namun bila hati kita sudah terbiasa dengan punyai sifat kasih sayang susah untuk mengajar hati untuk membenci , lantas dengan mudah kita akan kongsi rasa kasih sayang itu dengan sesiapa sahaja hatta walaupun kita baru sahaja mengenalinya, walau bagaimanapun keadaan orang tersebut , sikapnya kepada kita dan sebagainya .... bukankah hati kita akan sentiasa BERBAHAGIA ...... hati yang bahagia akan melahirkan wajah yang bahagia , tenang dan mendamaikan orang yang melihatnya ..... punca hilangnya bahagia apabila hati kita lupus dari kebahagiaan 

-------------------------------------------------

jangan biarkan bahagia itu Hilang !!!! Tapi bagaimana yer .......

pembaca yang saya kasihi sekalian

Tidak dapat untuk saya nafikan kesedihan juga pasti berlaku , mana ada orang yang tidak mengalirkankan air mata .... Itulah fungsi atau nikmat Allah menjadikan air mata yang mana alirannya biarlah kerana Allah swt bukan kerana sesuatu perkara yang melalaikan ...... ke mana hendak alirkan air mata yang jernih warnanya jika tidak kepada Sang yang Mencipta ..... setiap titis air mata yang dialirkan kerana Allah swt pasti membuatkan diri bahagia .... Tak faham lah !!! Maksud saya jika kita sedar kita membuat dosa dengan Allah swt , lalu Taubat Nasuha menjadi pengiringnya pasti kita merasakan saat bahagia ketika itu , hati kita yang kelam menjadi tenang dan mendamaikan .... hati yang tatkal resah gelisah , apabila bertaut dan "bertemu" denganNya sudah pasti melahirkan kebahagiaan ... jadi jangan Hilangkan Kebahagian ......

bagaimana hendak mencari kebahagiaan ?

perlu kita selidiki apakah faktor yang menyebabkan seseorang boleh menggapai kebahagiaan ... adakah ianya faktor luaran ataupun dalaman ..... andai faktor luaran yang menjamin kebahagiaan sesorang sudah pasti bila Allah jentikkan dengan sedikit ujian sudah pasti kita rebah ... namun andai ianya datang dari faktor dalaman ... hari hari pasti kita lalui dengan bahagia ...... Boleh terima apa yang saya nyatakan ?

begini maksudnya seandainya faktor luaran menjadi punca kebahagiaan kita seperti harta yang banyak , kereta yang mewah namun jika hati tidak disuluh dan dipandu dengan tarbiyah keimanan , apabila tiba saatnya kita jatuh miskin pasti , pasti dan pasti kita akan meraung kesedihan tetapi apabila kita mendapati kebahagiaan sebenar adalah datang dari faktor dalaman insyaAllah kita akan bahagia selama lamanya ... kerana apa ? kerana kita menjaga hati kita dan juga menjaga "hati" Allahs swt .....

sahabat sahabat yang sentiasa meyakinkan saya

please ....... please ... please ... didiklah hati kita dari sekarang .... yang sukar bangun untuk tahajud cubalah didik , yang jarang baca al-quran amalkannya dari sekarang , yang sentiasa melakukan maksiat segeralah kembali pada Allah swt .... Hati tidak akan behagia selagimana kita yang tidak menjadikan ia bahagia mengikut landasan dan syariat Allah swt ..... susah la !!! ya memang susah tapi ianya memerlukan pengorbanan ... pengorbanna untuk meluangkan waktu untuk mendekatiNya , memahamiNya ..... bukankah suatu hari nanti bila tiba ajalnya kita , kita akan menhadap Illahi ??? dengan hujjah apakah yang patut kita berikan padaNya seandai ditayangkan segala amalan kita ? yang pastinya hujjah itu tidak bisa digunakan lagi ketika itu ........ try dulu , baru tahu kepuasannya

Kebahagiaan itu apabila kita memiliki hati yang tenang .. dan hati yang tenang dalam menghadapi apa jua cabaran dalam kehidupan tidak lain tidak bukan dengan mengingati Allah... firman Allah swt



“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:

” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.



jangan disalahkan kehidupan sekiranya hidup di dalam kelam ,
jangan menunding takdir andai hidup tidak diwarna dengan kalamNya,
sesulit manapun kehidupan kita harus depani ,
sesukar manapun perjalanan , kita jua yang putuskan 
samada meneruskan langkah mengikut syariatNya
atau langkah yang mendatangkan kemurkaanNya

hiduplah untuk yang maha Hidup ,
dunia hanyalah taman permainan ,
pintalah apa sahaja kepada Sang Pemberi,
sudah pasti DIA mendengarnya .....

bahagia bahagiakan diri di dunia,
agar kita berbahagia di akhirat kelak

* bahagia dalam erti kata mengikut syariatNya 


* tulisan ini dikhususkan buat insan yang bernama NSBS ..... saya akhiri kalam ini dengan lafaz astagfirullah ... moga moga ianya bermanfaat untuk bersama ..... minta maaf yer sahabat sahabat sekalian ....

* maafkan saya teman kerana menyepi ketika ini .... menyepi di ruangan ini .... terima kasih juga kerana bertanyakan perihal ruangan ini .... tetapi saya mohon maaf kerana saya tidak boleh menyatakan FB saya ... biarlah blog ini menjadi tatapan khalayak ramai tanpa mengenali siapakan tuannya ..... 

* moga moga kaki ini masih mampu berjasa ...... Alhamdulillah ya Allah Engkau kurniakan sedikit kesakitan padaku agar aku bisa mensyukuri tiap nikmat yang Engkau telah dan akan berikan .... ^^ jom buat buat kuat !!! yang pastinya saya sudah berhenti makan 'penawar' yang diberikan doktor ...   kesakitan yang menjadi kebiasaan .... abaikan sahaja ...... =)

* sahabat sahabat saya ingin mengajak sahabat2x u merasai kebahagiaan dengan sering bersedekah , sering melazimi surah waqiah ... kebahagiaan itu juga satu rezeki buat manusia .... betul kan ?

~insyaAllah lusa saya akn pulang ke kg halaman..... doakan semuanya selamat~





Monday, 10 December 2012

akhirnya



akhirnya , menewaskan "kedegilan" yang berbekam selama beberapa tahun kata budak tu ....... macam tak percaya ...... 1 month diberi tempoh penghabisan "stok" ....... CONDROPIL with Menzza .....

kesian budak tu nak kena habiskan alah nie .... 120 capsules katanya .....


cinta pertama , cinta utama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ....

Assalamualaikum kepada pembaca pembaca TS sekalian ..... moga moga kita semua berada dalam RahmatNya dan redhaNya .... Alhamdulillah hari ini Allah masih memberi kesempatan pada diri saya untuk melihat seluruh isi alamNya ..... 

secara jujurnya saya bukanlah pengikut cerita "cinta" sama ada genre cinta mengikut syariat mahupun sebaliknya tapi saya nak berkongsi satu puisi cinta yang mana saya yakin most of you tahu akan puisi ini tidak seperti saya yang jahil yang tidak tahu "empunya" puisi ini .... saat sebuah buku diberikan oleh sahabat saya kepada diri ini , namun tidak sempat membacanya lagi hanya membelek belek sahaja buku tersebut saya terjumpa satu puisi yang saya merasakan puisi yang cukup memberi makna dalam kehidupan seseorang ..... for the first time , saya melihat secara draft isi kandungan puisi tersebut satu perkara yang terlintas dalam fikiran pada masa itu ....

--------------------------------------------

"macam pernah saya mendengar puisi ini... macam dalam you tube pun ada... rupa rupanya puisi yang ditayangkan dalam you tube itu adalah pemilik kepada pejuang yang sungguh hebat dan tidak asing lagi namanya di persada perjuangan menentang musuh islam... Betapa jahil nya aku tak tahu .... "

* inilah monolog saya senderian ketika melihat puisi tersebut

---------------------------------------------

sekiranya sahabat sahabat sekalian google sudah pasti akan terjumpa puisi ini di laman blogger blogger dan confirm  anda semua mengetahui pemilik puisi ini tapi tidak bagi saya ........ namaya saya mengetahui tetapi tidak diketahui pula itu adalah karya puisinya yang "digilai" ramai oleh para muslimah  ...... 

mungkin saya boleh copy and paste sahaja puisi tersebut namun saya cuba sedaya upaya untuk tidak berbuat demikian ... tidak menjadi satu kesalahan kan sekiranya saya menaip kemabali ? moga moga ianya menjadi peringatan buat saya hamba Allah yang serba kekurangan ......

puisi tersebut adalah seperti berikut

sajak Aminah Qutb kepada Suaminya


sekiranya kita cinta kepada manusia , tak semestinya manusia cinta kepada kita, tetapi sekiranya kita cinta pada Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya...

sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai rang yang kita cintai, tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita kan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga....

Ya Allah, andainya dia ialah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku, maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah keranaMu, dan campakkanlah dalam hatinya, cinta kepadaku adalah kerana-Mu..namun andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku, berikanlah kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian, yang kauberikan kepadaku .....

Ya Allah, jika aku jatuh cinta , cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu... Ya Muhaimin, jika aku jatuh cnta jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu..

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling padaMu, Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid, di jalanMu... Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lali aku merindui syurgaMu..Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah , jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada mati hanya sekali, jadikannya pada jalan Allah.....

  
Inilah puisi yang terkenal dan sering menjadi perhatian golongan muslimah (tapi tidak pada saya)...Inilah puisi yang beliau tulis dan tujukan kepada suaminya...Allahurabbi ... very nice !!! 
hebat sungguh jika seorang isteri mampu menulis puisi buat si suaminya ..... but im  not a puitisme person .... 

Namun apa yang nak disampaikan , sesungguhnya setiap keluarga Qutb merupakan permata yang indah ..... 

* terima kasih kepada si pemberi buku Sayyid Qutb cetusan idea seorang pejuang

jaga kesihatan wahai sahabat sahabat sekalian ..... fungsikan seluruh anggota badan ke arah yang benar ....

_got 2 boxes and 1 bottle "drugs" today _

wallahua'lam dan minta maaf semua ....


Tuesday, 4 December 2012

selambakan hidup

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"saya stress la dengan orang tu ..... ada ke patut dia kata kat saya yang saya ni ......... stress gila !!" luah hati seorang teman .......

"kenapa nak stress pula? biarlah itu kan pandangan dan kritikan dia pada kamu" jawab teman yang lain .......

Dalam kehidupan kita tidak boleh lari dari dua perkara yang seimbang ...... ada perkara yang akan menghasilkan positive and negative  , ada perkara bila kita lakukan akan dapat samaada dosa dan pahala , ada kerja yang boleh membawa kita kepada syurga dan neraka .... banyak lagilah jika kita nak banding bandingkan kitaran hidup di dunia ini .... segala pilihan semua kita tentukan ..... nak jadi jahat , buat kerja kerja yang jahat nak jadi manusia yang baik budi pekerti perbanyakkan sifat sifat mahmudah dalam diri .... Hidup pun jadi senang dan tenang .....

stress ??? masing masing ada cara tersendiri dalam menangani stress ....  ada orang bila menghadapi tekanan yang melampau dia akan menjerit sekuat kuatnya , ada manusia dia menyibukkan diri dengan berbuat sesuatu yang berfaedah dan ada juga yang makin memberi tekanan kepada dirinya sendiri apabila stress akhirnya collapsed .... Orang yang sebegini mendatangkan kemudharatan yang lebih besar daripada memberi kemudahan baik untuk diri sendiri bahkan orang di sekeliling .......

prinsip saya mudah sahaja .... Hidup biar selamba ...... betul ke macam tu ??? Ya betul !!! hidup nie kadang kadang kita kena layan selamba seadanya , relax , cool buat macam tak ada apa apa yang berlaku kat kita ..... Macam mana tu ? Formula dia senang sahaja : 

------------------------------------------

dalam matematik : 

1+1 = 2

tapi dalam kehidupan :

sedih + gembira = ???
serius + kurang serius (main main) = ???

boleh tak kawan kawan dapat jawapannya ? ..... saya ada jawapannya ... tak perlu guna calculator hanya guna apa yang Allah sediakan ..... Tak Faham ??? 

-------------------------------------------

hemmm ... pernahkan kalau kita kuat sangat gelak , banyak gelak tawanya pasti ada orang yang akan menyedarkan diri kita berkata "jangan kuat sangat gelak , nanti ...... " ada orang kalau asyik sedih sahaja sampai boleh memenuhi baldi ada yang akan kata "jangan la sedih sangat ...... " haaa ini kata kata positive  yang merangsangkan ...... memang betul la tu kalau kita diberikan nasihat sebegitu bilamana kita sedih ke , gembira ke dan macam macam perasaan ...... itupun dah dikira formula .... 

jawapannya :

kalau kita buat kerja jangan terlalu serius sangat baik yang ditempuh itu bagus atau tidak ...
Jangan pulak terlalu sedih kalau yang datang tu menyakitkan ........

layan hidup selamba dan seadanya , hati jadi tenang , fikiran jadi lapang .... kan senang !!!

saya bagi contoh dengan satu situasi :

kalau kena kata orang jangan ambil terlalu serius , relaks ajer .... Memanglah sakit hati , tapi rileks dan buat tak kisah lebih baik dari mengamuk gila ... Ya tak ??? 

lebih baik kita didik mulut kita untuk berdiam dengan semburan kata kata yang dilemparkan daripada kita asyik nak melawan , nak berperang mulut balik ... walaubagaimana buruk dan teruk sekalipun kata kata itu .... sebab apa ??? lama kelamaan akan padam sendiri ... bagaimana ??? dengan DIAM ...... bukankah diam itu adalah ubat paling baik untuk penyakit kena keji ? ..... 

"mana boleh... saya ada hak untuk pertahnakan diri ...... "

saya tak kata DIAM itu tidak memerlukan pertahanan diri ..... pertahanlah tapi sebelum pertahan tengok dulu implikasinya kalau keadaan boleh jadi parah , buruk , lebih baik back off  dulu ... Diam sudah ... bukan setakat dia kenapa tidak kita memberi senyuman ketawa dan ucap terima kasih pada orang yang mengata kat kita tu .... 

"susahla nak buat !!! "

memang la susah nak buat .. kat dunia ni kalau kita tak cuba untuk buat sesuatu semua jadi haru biru , semua kerja tak menjadi .... so cubalah sekali buat dan tengok hasilnya ... kalau dapat hasil yang bagus jangan lupa ucap terima kasih .... terima kasih pada siapa ? off course  la pada saya ... hehehe ... gurau je tu .... tak lain tak bukan TERIMA KASIH pada ALLAH ...... susah nak jadi seorang yang penyabar tapi tak try didik hati penuh dengan rasa kesabaran macam mana nak tahu susah ataupun senang .... yang penting tekan start button  semuanya akan berjalan ..... 

cuba letakkan satu fikiran positive dalam minda bagi orang yang asyik kata kat kita tu sebenarnya dia dengki kat kita dia nak sangat kita hilang penghormatan , tergadai maruah .... tetapi .................. kalau kita layan , kita pun sama rendah macam dia akhirnya hilang penghormatan !!! namun ada bezanya ... kalau lah orang yang mengata kat kita tu memang "kena" pada kita dan kita sedar kata katanya itu betul ..... just accept it .... memang salah kita , dan memang itu kekurangan kita .. tapi kalau yang dikata itu tidak betul dengan kita berbalik kepada formula dia atas ..... orang baling batu kat kita takkan kita nak baling batu juga kan ? bagilah sesuatu yang boleh bagi manfaat pada dia ... baling bagi rambutan ker , manggis ker ada gak yang boleh merasa kemanisan buah tu opppsss !!! kalau baling durian boleh ?? pun boleh tapi alamaknya ke hospitallah ..... 

Diam, snyum , ketawa sambil geleng geleng sikit dah cukup buatkan dia (si pengata) pun tak tenang.... mesti dia pun serabut giler .... dia nak tengok kita mengamuk , marah dia balik tapi kita buat dekk jerrrr .... kan senang tu ....

apa apa pun hidup perlu diselambakan ... tapi jangan pula kalau ia bersangkut paut dengan keagamaan kita pun buat buat tak tahu itu buta tuli namanya .... yang penting dalam kehidupan kita , kita perlu mencari titik penyelesaian seandainya kita menghadapi tekanan , bebanan dan seumpamanya .... kalau nak menjerit janganlah menjerit kuat kuat tatkala jiran tetangga sedang tidur ...... namun terapi yang paling menguatkan jiwa , meruntunkan hati ialah membaca kalimah kalimahNya ..... so sweet itulah penawar segala macam penyakit ..... kita dilahirkan bukan untuk disia siakan tapi ada hikmahnya ..... jangan kita menyempitkan fikiran kita dengan kehadiran tekanan yang pelbagai .... selambakan hidup , pasti hati gembira ... bila hati gembira tidak kelihatan wajah yang kusam ....... walau kita punyai seribu satu tekanan .... please elakkan dari menzahirkan masalah tersebut agar tidak terpancar di wajah kita .... jangan jadikan masalah itu sebagai masalah tapi carilah jalan bagaimana untuk keluar dari masalah ..... yang pasti dengan cara yang betul .....

ayuh berfikir analoginya  

----------------------------------

kan kita pernah dengar hadis Nabi tentang marah 

Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW. “Berilah wasiat kepada aku”. Sahut Nabi : “Janganlah engkau marah”. Kemudian dia mengulangi beberapi kali. Sabda nabi: “Janganlah engkau marah.” Riwayat oleh Imam Bukhari.

kemudian apa yang Nabi ajarkan ???

Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami: ”Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring”.

apa perkaitannya ????

mestilah ada perkaitannya .... haaaa ni formulanyer 

masalah utama :
marah 

cara penyelesaiaannya : 
jika berdiri , duduk 
jika belum hilang , berbaring 
tak hilang lagi , pergi ambil wuduk

haaa kan dah ada jawapannya ... betul tak kalau saya kata masalah yang kita hadapi semuanya ada jalan penyelesaiannya ..... setiap persolan ada jawapan ... sama juga kalau kita diajukan soalan bila kita akan mati ??? jawapannya "bila bila masa sahaja" jadi segala permasalahan perlu disusuli dengan TINDAKAN ...... tindakan yang tidak melampau .... kalau saya ada masalah saya akan bertindak dengan selambakan hidup ...... 

-----------------------------------------

kalau saya stress ebetulan di kampung saya tak fikir dah masalah tu saya pergi ke dapur buat apa yang patut ... bukan menghabiskan apa yang ada di dapur tetapi dengan mengeluarkan output dari dapur .... tak jelas ??? buatlah kek ker , dessert ker ... semua orang satu rumah pun boleh makan hasil dari stress ... tak ke untung hidup sebegitu ??? .... ^^ buatlah apa apa yang kita rasa akan menggembirakan kita gubah bunga , jahit manik dll ..... 

kadang kadang bukan nasihat lagi yang diperlukan oleh orang yang bermasalah , tapi kata kata yang berani untuk mengatakan dia tu memang bermasalah supaya dia boleh berubah ....... 

~ dengan tidak memberikan markah pada para penyibuk sebenarnya kita telah menempah setengah dari apa yang kita perjuangkan ~

minta maaf semua , wallahu'alam sekadar berkongsi apa yang sewajarnya


*** jangan dinilai tulisan kalam ini seperti KalamNya ..... (segala kekurangan mohon maaf)

* menulis not is my cabang , not my favourite but menulis dari hati ke hati .... melalui pemerhatian...dan pengalaman......