Wednesday, 11 July 2012

Fikrah Perjuangan

insyaAllah sekiranya tiada aral melintang.. hari ini kita sama sama berkongsi ilmu berkenaan Bingkisan fikrah perjuangan .... sepertimana yang telah diwar warkan sebelum ini....moga2x apa yang hendak disampaikan menjadi 'batu peringatan' terutama buat diri yang menulis ... semoga apa yang dibedahkan ini menjadi titik tolak dalam menyambung nadi perjuangan......

nak tengok kulit bukunya pergi ke ENTRI SEBELUMNYA [di bawah sekali] .......

[10: 35pm]

insyaAllah diberi kelapangan untuk menulis ..... BICARA FIKRAH PERJUANGAN ...... penulis tulis dalam bentuk point jerrrr ...

di dalam buku ini, ianya menghimpunkan sbnyak 8 tjuk iaitu :


  • muhasabah perjuangan
  • ukhwah islamiah
  • taqwa
  • keimanan dan ketaatan
  • jihad
  • hidayah
  • kemengangan Islam
  • islam, toleransi, dan keadilan

BAB PERTAMA : Muhasabah Perjuangan

dimulakan dengan muqadimah surah at taubah ayat 38-39 ...

PERASAAN PERLU KEPADA ALLAH

- perlu memahami dan menghayati 
- TAK NAK berjuang ? Allah akan memilih orang lain
-  justeru haruslah meletakkan pergantungan kita pada Allah swt dengan sepenuh hati dan perasaan agar kita DIPILIH olehNya dalam perjauangan .....
- Kita perlu BERIMAN bhwa kita tidak dapat pastikan usia kita akan kekal lama sprti yang kita harapkan.

AWASI PERMASALAHAN FUTUR

- perjuangan memerlukan komitmen kita dengan GERAK KERJA
- pada zaman ini MARHALAH memerlukan pemimpin jemaah y mempunyai sifat jihad y berterusan
- seorang muslim y sudah merasai kemanisan iman dan memahami hakikat ISLAM tetapi sanggup lari daripada medan amal y memenangkn ISLAM .....
- Seseorang FIKRAH yang jelas mengenai ISLAM akan sentiasa berusaha mncari ruang n kesempatan untuk menyuburkan iman dan semangatnya bg menyemarakkan kerja di dalam perjuangan
- seseorang y mengidap penyakit futur, akan merasa JEMU dan TIDAK bersemangat untuk menghadiri program program gerakan ....
- Sekiranya Allah ingin mnyelamtkan sesorang y berada dalam keadaan futur dia akan diberi peringatan oleh para SAHABAT SEPERJUANGANNYA ...

PERMASALAHAN KELESUAN HARI INI

- Antara sifat2x mazmumah seprti mudah berputus asa, lemah, dan tidak bersemangat wujud dalam ahli gerakan ia akan mnyebabkan berlakunya masalah keciciran dalam organisasi.....
- KECICIRAN ?? melemahkan gerakan ISLAM bahkan wujud di kalangan mereka y terus meninggalkan kerja kerja PERJUANGAN ...
-sifat sifat mazmumah y wujud adalah berpunca drp MASALAH GERAKAN dan INDIVIDU itu sendiri ...

pertama : berpunca dari gerakan
  1. lemah pada sudut tarbiah
  2. pimpinan tidak memposisikan ahlinya pada kemahirannya
  3. tidak membuat pemantauan selanjutnya terhadap gerak kerja ahli jamaah
kedua :  berpunca daripada diri individu

  1. ahli yang tak berdisiplin
  2. sumber makanan dan mata pencarian
  3. sambil lewa terhadap gerak kerja
moga ianya menjadi pengajaran kepada semua hali jamaah untuk mneuju ke gerbang kejayaan. 


BAB KEDUA : Ukhwah Islamiyah

dalam bab ini ustaz memulakan dengan surah al hujurat ayat 12

- ukhwah adalah NIKMAT yang paling berharga yang dikurniakanNya kepada orang orang beriman di dalam saf perjuangan.
- ianya tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit dan harta benda dunia 
- Ukhwah diciptakanNya oleh Allah swt di dalam hati orang2x yng beriman
- surah al-anfal ayat 63
- berpandukan surah seterusnya iaitu surah al hujurat ayat 10 : Ukhwah hanya terbina di atas dasar iman atau tauhid bukan di atas ikatan ikatan y elain daripada itu. Justeru hanya Allah swt yg dapat menyatukan hati2x dalam kalangan manusia dan hati hati manusia itu akan bersatu di atas landasan TAUHID ....
- jiwa ukhwah kosong daripada keimanan maka yang akan menjadi ikatannya adalah kepentingan peribadi atau kelompok, parti dan sebagainya....yang jelas samaada cepat atau lambat ia akan menghancurkan NILAI UKHWAH itu sendiri ....
- persahabatan yang tidak terikat dengan dengan AKAR TAQWA sudah tentu akan menghasilkan permusuhan dan KEBENCIAN seperti sirah yang mana persainagn harta rampasan (ghanimah) dan mengejar kepentingan dan keuntungan....
-Ukhwah adalah kekuatan yang bersumber daripada keimanan atau aqidah, yang melahirkan perasaan SPRITUAL berupa KASIH SAYANG, KECINTAAN,KEMULIAAN dll.....
- Maka ukhwah islamiyah adalah sifat yang bersatu dengan IMAN dan TAQWA....

SANGKAAN BURUK MENAFIKAN UKHWAH

-sangkaan buruk terhadap sahabat dalam bermasyarakat dan berjemaah adalah dilarang oleh agama
-sangkaan buruk yang ditegah dalam Islam ialah pada perkara yang tidak ada tanda tanda dan bukti yang jelas sesuatu perkara itu dilakukan oleh seseorang... Hukumnya jelas Haram dan wajib dijauhkan.....

WAJIB MENJAGA MARUAH

-dalam kehidupan bermasyarakat dan berjemaah, mencari kesalahan orang lain adalah ditegah dalam ISLAM 
-setiap muslim wajib menjaga MARUAH dirinya

SYARAT SYARAT PEMBINAAN UKHWAH

  1. ikhlas
  2. berpaksikan kepada konsep ketaatan (wala' dan al baro'), yang berdasarkan al-quran dan sunnah
  3. tegak berasas nasihat kerana Allah swt
  4. komitmen (iltizam) dengan metod (manhaj) pemahaman yang benar
REALITI DALAM PERJUANGAN

-permasalahan kewangan dan kesempitan hidup yang dihadapi oleh sahabat seperjuangan wajar diberi perhatian.
-TAKAFUL antara perkara yang dititkberatkan di dalamnya ialah permasalahan kewangan sahabat
- Hak harta di dalam kategori ini tebahagi kepada tiga peringkat iaitu :
  • paling rendah 
    • kita memenuhi hajat dan keperluan sahabat seperjuangan dengan menggunakan peruntukan yang lebih daripada peruntukan untuk diri kita sendiri
  • harta kita dibahagi dengan sahabat
  • paling tinggi
    • mengutamakan sahabat kita melebihi diri kita sendiri
semoga perjuangan islam y sedang kita gerakkan pada hari ini akan tetap bersemarak dan di dalam era mempertahankan kemenangan... INSYAALLAH

okeylah setakat ni dulu sharing untuk bingkisan fikrah perjuangan penulis ingin melangkah ke alam pembacaan...insyaAllah esok akan bersambung ....

SEORANG SAHABAT PERLU SUPPORT SAHABAT ...... 






Monday, 9 July 2012

fikrah perjuangan

Buku nie baru masih segar lagi ditangan pemiliknya insyaAllah bagi mereka yang tak dapat untuk membacanya atau membelinya boleh la jenguk2x di entri ini..insyaAllah akan di kongsi dalam masa terdekat ini .... hanya 96 pages sahaja..... sehari pun dah boleh habis baca .... =) .........

ILMU ITU HAK ALLAH DAN AKAN DIKEMBALIKAN JUA PADANYA ......

forever alone


FOREVER ALONE

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana pada hari ini masih lagi diberi kesempatan bernafas olehNya. Pada hari ini juga kita masih diberi segala nikmat yang tidak terhingga olehNya. Masih banyak draft entri yang tersimpan yang belum dilengkapkan isinya InsyaAllah sedikit demi sedikit akan dilengkapkan isinya . Moga moga Allah masih memberi ruang serta kesempatan untuk menggerakkan jari ini untuk terus "mengayat" ... 
Pembaca yang dirahmatiNya sekalian...
Dunia adalah tempat singgahan. Diumpamakan kita sebagai seorang musafir yang berteduh di bawah rimbunan pepohon.Di dunia inilah juga akan menentukan samada kaki melangkah ke syurga atau ke neraka. Dunia itu indah !!! memang betul dunia ini serba indah.Namun jangan dek kerana hidangan dunia ini yang terlalu indah sehingga melalikan hati kita. Di dunia inilah merupakan satu titik permulaan buat kita sebelum kita melangkah ke alam yang sungguh berbeza.
Dalam surah al hadid ayat 20 Allah swt telah berfirman :
" Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, dan perhiasan dan bermegah-megah antara kamu, dan berbangga-bangga tentang harta dan anak-anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan petani, kemudian ia menjadi kering, maka kamu melihatnya kuning, kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan keampunan daripada Allah dan keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. " (al hadid ayat 20)
Benar !!! kehidupan dunia ini hanyalah suatu permainan dan senda gurauan. Semua yang kita lalui tidak lain tidak bukan hanyalah satu ujian yang wajib kita sebagai hamba Allah swt tempuhi . Bilamana berbicara tentang dunia kita semua akan rasa seronok untuk menceritakan tentang perkara perkara yang sudah dilakukan di atas dunia . Namun hakikatnya apabila hendak dibicarakan tentang akhirat hanya segelintir manusia sahaja yang mampu untuk mendengarnya . Adakah telinga kita ini telah disihir oleh perhiasan duniawi semata mata ?
Bagi mereka yang tegar dengan sikap keangkuhannya pasti dunia sentiasa berada di hatinya akan tetapi bagi mereka yang sentiasa mencuri kasih sayang Allah, yang sentiasa memohon keredhaan Allah sudah tentu mereka akan berusaha ke arah mendapatkannya .
Pembaca yang dirahmati Allah swt.......
Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenagan yang menipu. Suatu saat nanti pasti kita akan kembali ke tempat yang sama . Tatkala itu bukanlah harta menimbun yang dibawa namun ketika itu hanyalah amalan yang akan diperhitungkan oleh Allah swt . Adakah amalan yang kita lakukan di dunia ini sudah memadai untuk dibawa ke alam barzakh seterusnya ?
"Amalan aku masih tidak mencukupi" .... kadang kadang kita sentiasa bermonolog sendirian. Kata kata itu jua menjadi igauan buat mereka yang sentiasa mencari serta mengharapkan Redha Allah swt. Namun kita sebagai hamba Allah yang lemah perlu memperbahurui diri sepanjang kehidupan. Kerana segala amalan yang dilakukan di dunia inilah yang menjadi mata saksi kepada kita sejurus melangkah ke alam akhirat.
"Arghhh!!! Bila lagi nak berseronok kalau bukan sekarang" . Ada segolongan masyarakat kini yang sentiasa menyembah nafsu mazmumah akan tetapi mereka lupa  hakikat tujuan kehidupan di muka bumi ini. Allah swt telah berfirman : 
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” 
( Adz –Dzariyat: 56 )    

Allah swt menciptakan jin dan manusia hanyalah untuk beribadah kepada Allah swt . Sekecil kecil amalan sekalipun jika dilkukan kerana Allah swt juga dikira beribadah.
Pembaca yang disayangi sekalian.....
Betul katamu "kuburmu, kuburmu dan kuburku, kuburku"... Andai diri kita menelusuri kehidupan di alam barzakh pasti tak tercapai oleh akal akan seksaanya. Seandainya Tuhan itu menayangkan seksaan di alam barzakh sebelum ajal menjemput kita sudah pasti kita akan sentiasa memupuk sifat sifat mahmudah dalam diri.
Di dunia ini,tidak perlulah kita mendabik dada seandainya diri kita seorang jutawan, tidak perlu sombong jika kitalah hartawan apatah lagi terus menerus mengejar keseronokan dunia kerana di pengakhiran waktu sudah pasti kita akan bersendirian. Tiada kawan, duit, dan keseronokan menemani kita.  Ketika inilah kita akan bersendirian berbumbungkan tanah yang merah, bertilamkan papan yang yang usang.Di waktu inilah kedatangan para hakim singgah sebagai tetamu. Hakim yang akan menyoal serba satu soalan. Pada ketika ini jugalah tiada talian hayat yang bisa disambung untuk menolong kita lagi tidak lain tidak bukan hanyalah tiga perkara seperti mana yang disabdakan oleh junjungan Baginda saw :

"Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(hadis sahih riwayat Ahmad)
Pembaca yang sentiasa dalam peliharaanNya.....
Sudah sampai masanya untuk kita sebagai insan yang serba kekurangan ini melakukan anjakan paradigma sebagai persediaan ketika mana ajal datang bertandang. Memang benar untuk melakukan perubahan teramat sukar namun ingatlah selagi mana kita niat untuk melakukan kebaikan pasti Allah swt akan membuka laluan lauan buat hambaNya yang sentiasa berusaha. Bukankah melakukan kebaikan itu merupakan satu kemanisan bila diamalkan namun menjadi satu kerugian jika dorongan nafsu sentiasa  mengajak melakukan kejahatan kerana sudah pasti tiada ketenangan jiwa dirasai. Pujuklah seluruh anggota tubuh badan kita untuk terus menurus melakukan amal kebajikan yang pastinya amal inilah yang akan menghadiakan kita syurga sebagai ganti kepada amalan amalan yang telah dikerjakan.
Yang hidup pastinya akan mati . Seperti mana firman Allah :
Firman Allah SWT, "Yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu. siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
(Surah Al Mulk 67 : 2)
 Namun kita sebagai seorang hamba yang kerdil sudah pasti menginginkan sebuah kematian yang dinamakan sebagai husnul khatimah. Tidak ada hambaNya yang ingin mati dalam su’ul khatimah atau dalam keadaan tidak beriman serta diazab di dalam kubur oleh malaikat Munkar dan Nakir.

Hadis Abi Said mengatakan, Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Kubur itu adalah salah satu lubang neraka, atau salah satu taman syurga."

lubang neraka atau syurga
Hargailah tiap detik nyawa yang diberikan pinjaman oleh Allah swt dengan sebaik baiknya. Jika kita sudah tersasar di jalan keimanan maka belum terlambat untuk kita kembali ke jalan keimanan serta ketaqwaan. Marilah kita sama sama berdoa agar kita dimatikan dalam keadaan husnul khatimah.



"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mendengar seorang Rasul yang menyeru kepada iman, katanya: 'Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matilah kami bersama orang-orang yang berbakti."
(Surah Ali 'Imran 3:193)
"Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-RasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari Kiamat kelak, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji."
( Surah Ali 'Imran 3: 194 )






Saturday, 7 July 2012

TENTANG CINTA

hemmmmm...... sukar nak nyatakan ..... penulis blog ni xpernah nak ada buku buku macam ni =) ... teringin untuk mengetahui isi dalamnya ........ namun di penghujung waktu ni " ong kos " perlu dikira untuk menyara hidup........ mungkin bukan rezekiku untuk memilikinya lagi .........

~ TENTANG CINTA ~

Friday, 6 July 2012

jadikan dia hawa Syurga

assalamualaikum buat pembaca pembaca sekalian .... Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mencoret warkah di ruangan ini ......... tidak ada antara mereka yang masih hidup ataupun yang telah mati...nukilan semata mata ...... salam sayyidul ayyam



Syukur dipohonkan kehadratMu Illahi
diberikan kurniaan sebagai hawa 
hakikat hidupnya terasa manis
ditelan ia kedalam jiwa

namun , hawa itu hawa terasing
terasing diri di dunia pinjaman
mencari cahaya di ufuk dunia
merenung kehidupan ke mana arahnya

hawa itu kini sedang membesar
membesar dalam pencarian redhaNya
tika hati gundah gelana
sinar cahayaMu datang menyilau

dia adalah hawa
punyai citarasa yang sama
namun sentiasa mempelbagaikan rasa di hati
kadang kala tenat berfikir

hawa itu bukan hawa yang dulu
hawa kini terus melangkah
menuju cahaya sinar Rabbani
dipertemukan cahaya di malapkan kegelapan

hawa itu kian memberontak
merenung tenunan lembaran al-quran
menadah tangan memohon kudrat
agar diri mengalahkan syaitan 

hawa itu hawa larangan
sukar dipetik sukar disentuh
luluh hatinya, menagis hiba
tatkala ayatNya sering bergema

hawa itu menanam tekad
tekad yang sentiasa berkobar di jiwa
jiwa terasa kuat
ayat Cinta pegangan hatinya

namun.... hawa itu punyai perasaan
perasaan ingin berkasih sayang
namun tidak menjadi masalah
andai tiada kasih sayang manusia

hawa itu merintih rintih
ingin menjadi hawa syurga
namun lidah kelu membisu
berfikir sejenak mencari maknanya

Andai sudah tiba masanya
hawa itu dikhitbah orang
bantulah hawa itu akan pegangannya
teguhkanlah prinsip asasnya

andai dikau adalah pendamping hawa itu
bimbinglah dia menuju jalan TuhanMu
tika tersungkur bangkitkan ia
tika terlupa ingatkan dia

hawa itu akan berjanji
berjanji akan menemanimu dalam perjuangan
andai dirimu rebah
hawa itu membagkitkanmu

hawa dan kerjaya ??
jangan dirimu bimbang , hawa itu gundah andai ghurur menyungkurnya
hawa itu masih ingin setia pada perjuangannya,meraih syahid di jalan Ilahi
namun peringatkan hawa itu kerjaya dan kerja Islam

namun....hawa itu kerisauan
adakah diri mampu bertahan
saat ujian datang menyapa
keyakinan hawa pada sang Adam
kebergantungan hidup sandaran Illahi

* Ya Allah jadikan hawa itu Hamba yang solehah terlebih dahulu..............

khususan buat hawa hawa especially sahabat sahabatku yang dilema..... lets achieve your mission to be a good muslimah and solehah first and mostly to get a reward from ALLAH.....
do not think too much whos your future husband Put trust to Allah ... insyaAllah ......and Allah will be introduce whos ur future husband one day..... please make ISTIKHARAH and TAHAJUD per days....

masih banyak DRAFT yang tersimpan yang belum dipublish lagi...

[sambungan akan menyusuli ..... ]



Thursday, 5 July 2012

mari berdoa

Ya Allah, aku memohon cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan cinta amal yang membawaku ke samping-Mu. Jadikan Engkau lebih aku cintai daripada selain-Mu. Jadikan cintaku pada-Mu membimbingku pada ridha-Mu. Jadikan kerinduanku pada-Mu mencegahku dari maksiat atas-Mu. Anugerahkan padaku memandang-Mu.Tataplah diriku dengan tatapan kasih sayang. Jangan palingkan wajah-Mu dariku. Jadikan aku di antara penerima anugerah dan karunia-Mu wahai Pemberi Ijabah ya Arhamar rahimin.

Monday, 2 July 2012

rindu itu anugerah

small family not including bro n me ...
tahun 2006/07
rindu itu adalah anugerah dari Allah ...... seusai subuh dan terus mengemas dapur tetiba rasa nak luahkan perasaan rindu di enty kali ini.....Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hati ini rindu untuk melihat wajah wajah kesayangan di kampung halaman...namun apakan daya masa tidak mengizinkan dan belum mampu mulut ini untuk melafazkan janji pada mereka.... saat diterjah soalan dari mereka especially my mum...

"bila nak balik ?? " hanya mampu membalas tak pasti sebab memang tengah bzzzz... 
"Exam habis berapa hb ?? " 4 dan 7 exam
"balik lepas exam.....puasa kat rumah tak ?? " puasa...errrrr mungkin 2 minggu sebelum raya baru balik rumah ....

begitulah keadaanku saat ditujukan soalan...... tak mampu untuk meletakkan janji....namun .......

" rodhitu billah hirabba .... " teleponku berdering semalam ..... soalan ditanya "exam bila dah ?? ....." dan rancak meneruskan perbualan di penghujung talian emakku berpesan "selamat belajar, selamat exam dan selamat ..... " .... itu bermakna ada suatu yang tak kena yang kurasakan ... jadi memberi pengharapan kepadanya dengan berkata "rasa macam nak balik ngan kereta .. dua tiga hari ... nanti confirmkan balik .." terus dibalas "nak balik kereta tu kena service..." .... dalam hatiku "Ya Allah boleh ke balik ni dalam masa yang terdekat.....kata kata tersebut hanyalah sekadar untuk mengambil hatinya......"

walaupun bukan anak sulung namun memikul tugas sebagai anak perempuan seorang memang mencabar ibaratkan diriku kak long dalam family.... some of keputusan yang nak dibuat we mus seat toghether and discuss about it.... rasa rindu makin menebal ... bila balik rumah bukan hanya menggoyangkan kaki namun menggalas tanggugjawab untuk adikku terutamanya ..... memikirkan dia akan menduduki PMR this year lagi merungsingkan diriku sudah pasti emak dan abahku tak mampu untuk mengajar kerana mereka not come from education background but i'm very PROUD with them ..... anak mana yang tak sayangkan parents nyer kan ??? Bila diriku pulang ke kg yang pasti banyak yang ditanya oleh adikku... "kak ngah malam ni ajar Aiman subjek .........." bila dia tidur dek keletihan disebbkan dari pagi hingga ke petang baru pulang kerumah dan bila malam menjelma "kak ngah Aiman nak tidur tapi ada homework nnati kejutkan Aiman bangun..." hemmm kadang kadang diriku menahan mata supaya diriku boleh berjaga untuk mengerakkannya buat homework...Emak dan Abahku sudah pasti keletihan setelah seharian bekerja di gerai....

Bila diriku pulang ada sahaja cerita yang akan dikongsikan .....

banyak perkara yang akan dilakukan bila sahaja pulang ke rumah .... hemmmm Nenek ?? nenekku pula orang yang paling gembira bila diriku pulang kenapa ?? bila diriku singgah ke rumah nenekku yang pastinya dia akan mengajak diriku ke sana sini .... especially ke bandar Tanah Merah membeli barang dapur .... dan tentunya dia seorang yang suka BERJALAN JALAN ... sakit macam mana sekalipun bila dengarnya diriku ajak keluar bandar or mane mane tempat terus yang sakit serta merta HILANG.... itulah PENAWARNYA.....

Yuna ... salah seorang budak
dibawah asuhanku... kini
sudahpun berumur 2 thun
lebih
di saat dia perlu ke klinik diriku jugalah yang akan menghantar dia ke klinik Batu Gajah ..... menunggu sehingga 3 jam disitu sahaja sambil diriku mengasuh budak kecik yang ditinggalkan kepadaku juga dibawa kesana seolah olah budak itu anakku....=) ..... jika ditinggalkan nenekku bersendirian diriku bimbang takut terjadi ape2x....labih baik menunggu walaupun "menuggu" itu perkara yang diriku tidak sukai.... namun itulah diidkan kesabaran untukku ....


Abe Teh
bercerita mengenai BUDAK.... bila balik rumah dalam jangka yang panjang memang akan jadi pengasuh kepada anak anak kecil ... dari form 5 diriku sudahpun bekerja sebagai pengasuh dirumah tanpa sebarang bantuan emak dan ayahku ... sebb mereka bekerja di luar dan diriku bekerja dirumah ... seusia 7 bulan hinggalah setahun dua diriku mengasuh budak budak .... sehari rm 10/15 ... masuk jugak duit poket ... dari pagi hingga ke malam... sehingga kini jika diriku pulang ke rumah dalam waktu yang panjang budak tersebut still di bawah asuhanku... sekarang budak budak tu dah pun semakin membesar .... setakat yang diasuh seramai 6 orang dah yang diriku mengsuh .... seronok jaga budak budak walaupun pening dengan tingkah laku mereka .... RINDUNYAAAAA....... maklumlah diriku hanya mempunyai seorang adik sahaja itupun lelaki .... seronok bila tengok sahabat2x dan kawan kawan yang mempunyai ramai adik.... =) ... mungkin kerana ini jugaklah faktor kenapa diirku suka mnegasuh kanak kanak .....


Nazmi
hemmmm yang pastinya bila balik memang banyak kerja yang nak diuruskan .... kereta kancil tu pulak pasti akan ke hulu dan ke hilir ...... 

Zaim dan Hafiz yang dulu
"Ya Allah jadikanlah daku hambamu yang solehah, anak yang solehah, isteri yang solehah dan ibu yang solehah dan berikanlah daku zuriat yang soleh dan solehah ... "